awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: "Jangan curah minyak ke api yang menyala" - Shahidan
PM Anwar akan melancarkan 'I LITE U' di Bukit Bintang pada 3 Jan
Pesara rugi RM212,000 akibat penipuan perniagaan tidak wujud
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keputusan kes 1MDB manifestasi keadilan, bukan kemenangan politik - ABIM

Bernama
Bernama
27/12/2025
08:31 MYT
Keputusan kes 1MDB manifestasi keadilan, bukan kemenangan politik - ABIM
Ahmad Fahmi berkata skandal 1MDB bukan sekadar jenayah kewangan tetapi jenayah terhadap amanah dan tamadun yang merompak masa depan generasi muda, rosak kepercayaan rakyat, cemar integriti politik, serta jejas nama baik negara. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak harus dilihat sebagai kemenangan politik atau kejatuhan individu tertentu tetapi manifestasi keadilan institusi yang ditegakkan demi kepentingan rakyat dan negara.

Ringkasan AI
  • Keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes 1MDB adalah manifestasi keadilan institusi yang menegakkan kedaulatan undang-undang demi kepentingan rakyat dan negara.
  • Hukuman berat terhadap Najib Tun Razak adalah peringatan bahawa pengkhianatan terhadap amanah rakyat mempunyai akibat serius dan menuntut reformasi dalam tadbir urus negara.
  • ABIM menyeru untuk memanfaatkan skandal 1MDB sebagai pengajaran untuk mengukuhkan sistem semak dan imbang serta menolak budaya politik yang membangkitkan kultus individu.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Ahmad Fahmi Mohd Samsudin berkata walaupun keputusan itu masih tertakluk kepada proses rayuan yang dibenarkan oleh undang-undang, pertimbangan mahkamah pada peringkat Mahkamah Tinggi dibuat berdasarkan keterangan serta prinsip kedaulatan undang-undang.
Beliau berkata keputusan itu adalah hasil proses perundangan yang panjang dan telus, sekali gus menegaskan tiada mana-mana individu berada di atas undang-undang.
"Ia wajar diterima dengan penuh kematangan sebagai asas pemulihan keyakinan awam terhadap sistem kehakiman dan institusi negara, serta peringatan bahawa keadilan mesti ditegakkan melalui proses sah dan beradab," katanya dalam kenyataan hari ini.
Semalam, Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion ke atas Datuk Seri Najib Tun Razak, 72, selepas didapati bersalah atas empat pertuduhan salah guna kuasa dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan RM2.3 bilion daripada dana 1MDB.
Ahmad Fahmi berkata keadilan bukan semata-mata hasil keberanian individu tertentu tetapi lahir daripada ekosistem perjuangan kebenaran bersama wartawan penyiasat, pemberi maklumat, pegawai institusi berintegriti, aktivis masyarakat sivil, ahli akademik serta rakyat yang konsisten mempertahankan kebenaran walaupun berdepan tekanan dan risiko.
Beliau berkata skandal 1MDB bukan sekadar jenayah kewangan tetapi jenayah terhadap amanah dan tamadun yang merompak masa depan generasi muda, merosakkan kepercayaan rakyat, mencemarkan integriti politik serta menjejaskan nama baik negara di peringkat antarabangsa sebagai antara kes kleptokrasi terbesar dunia.
"Hakikat ini mencerminkan kegagalan tadbir urus akibat pemusatan kuasa tanpa mekanisme pengawasan berkesan dan tanpa sandaran nilai moral yang kukuh," katanya.
Ahmad Fahmi berkata hukuman berat yang dijatuhkan bukan untuk membalas dendam tetapi sebagai peringatan bahawa pengkhianatan terhadap amanah rakyat membawa akibat serius serta menghukum individu sahaja tidak mencukupi jika sistem yang memungkinkan penyalahgunaan kuasa terus rapuh.
Beliau berkata keputusan itu harus menjadi pemangkin kepada reformasi Kerajaan MADANI dalam struktur tadbir urus negara termasuk pengukuhan sistem semak dan imbang, kebebasan institusi kehakiman, ketelusan pengurusan dana awam serta penolakan budaya politik yang membina kultus individu.
"ABIM menggesa pengajaran skandal 1MDB dimanfaatkan untuk menilai semula pemusatan kuasa eksekutif dan fiskal, termasuk membincangkan pemisahan jawatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan serta pemisahan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya, sebagai langkah pencegahan jangka panjang demi memperkukuh amanah dan keyakinan rakyat," katanya.
Ahmad Fahmi berkata keputusan mahkamah itu harus menjadi pengajaran penting kepada ahli politik dan generasi muda kerana normalisasi rasuah berskala besar serta politik wang akan merosakkan nilai dan menjejaskan keyakinan terhadap masa depan negara.
-- BERNAMA

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah yang dimaksudkan sebagai manifestasi keadilan institusi dalam kes berkaitan skandal 1MDB? A: Keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes 1MDB dilihat sebagai manifestasi keadilan institusi yang ditegakkan demi kepentingan rakyat dan negara, bukan sebagai kemenangan politik atau kejatuhan individu tertentu.
  • Q: Apakah hukuman yang dijatuhkan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak berdasarkan keputusan Mahkamah Tinggi? A: Datuk Seri Najib Tun Razak dihukum penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion selepas didapati bersalah atas empat pertuduhan salah guna kuasa dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram yang melibatkan RM2.3 bilion dari dana 1MDB.
  • Q: Siapakah yang menyatakan bahawa keadilan bukanlah hasil keberanian individu semata-mata dalam kes 1MDB? A: Presiden ABIM, Ahmad Fahmi Mohd Samsudin, menyatakan bahawa keadilan dalam kes 1MDB bukan semata-mata hasil keberanian individu tetapi lahir daripada ekosistem perjuangan kebenaran bersama wartawan penyiasat, pemberi maklumat, pegawai institusi berintegriti, aktivis masyarakat sivil, ahli akademik, dan rakyat yang konsisten mempertahankan kebenaran.
  • Q: Apakah realiti yang disuarakan berkaitan skandal 1MDB oleh Ahmad Fahmi? A: Ahmad Fahmi menyuarakan bahawa skandal 1MDB bukan sekadar jenayah kewangan tetapi jenayah terhadap amanah dan tamadun yang merompak masa depan generasi muda, merosakkan kepercayaan rakyat, mencemarkan integriti politik, serta menjejaskan nama baik negara di peringkat antarabangsa.
  • Q: Apakah tindakan yang digalakkan sebagai respons terhadap kes 1MDB berdasarkan kenyataan Ahmad Fahmi? A: Ahmad Fahmi menggesa reformasi Kerajaan MADANI termasuk pengukuhan sistem semak dan imbang, kebebasan institusi kehakiman, ketelusan pengurusan dana awam, serta penolakan budaya politik yang membina kultus individu sebagai langkah pencegahan jangka panjang untuk memperkukuh amanah dan keyakinan rakyat.

Topic Berkaitan
#1MDB
#ABIM
#Najib Razak
#Ahmad Fahmi Mohd Samsudin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan