Krisis politik Perlis: Tiada arahan SD, Bersatu hanya serah nama setelah dititah istana - Muhyiddin

Muhyiddin memaklumkan tiada arahan dikeluarkan kepada ADUN Bersatu negeri Perlis untuk menandatangani sebarang Akuan Bersumpah (SD). - Gambar fail/Sinar Harian
KUALA LUMPUR : Tiada arahan dikeluarkan kepada Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk menandatangani sebarang akuan berkanun (SD), kata Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.
Ringkasan AI
- Tiada arahan dikeluarkan kepada ADUN Perlis dari Bersatu untuk menandatangani SD, kata Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
- Bersatu hanya akan memaklumkan nama calon Menteri Besar Perlis setelah mendapat titah dari Istana Perlis.
- Kemelut politik di Perlis berlanjutan apabila lapan ADUN menarik sokongan, termasuk tiga wakil Pas yang dipecat, menyebabkan kekosongan kerusi dalam DUN dan kemungkinan pilihan raya kecil dijalankan.
Terdahulu, Bersatu dilapor telah mengemukakan tiga nama calon Menteri Besar iaitu ADUN Kuala Perlis, Abu Bakar Hamzah; Megat Hashirat Hassan (Pauh); dan Izizam Ibrahim (Titi Tinggi).
Keputusan itu juga menambah kemelut politik di Perlis selepas lapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menandatangani SD mengisytiharkan untuk menarik sokongan, sekali gus menjejaskan keyakinan terhadap kepimpinan beliau sebagai Menteri Besar.
Tiga daripada lapan ADUN berkenaan adalah wakil rakyat Pas menyebabkan parti itu mengambil tindakan tegas dengan menghentikan keahlian mereka yang terlibat.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


