JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia kini mececah 72.62 juta berikutan lebih 540,000 jangkitan baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam.

Kes positif global kini berjumlah 72,626,153.

Setakat pagi Selasa (15 Disember), data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan 16.38 juta kes jangkitan.

Ini diikuti India dengan 9.88 juta kes, manakala Brazil merekodkan 6.9 juta kes.

Negara yang melepasi angka dua juta kes ialah Rusia (2,629,699) dan Perancis (2,430,612).

Jangkitan positif COVID-19 di United Kingdom (1,874,803), Turki (1,866,345), Itali (1,855,737), Sepanyol (1,751,884), Argentina (1,498,160), Colombia (1,425,774), Jerman (1,357,049), Mexico (1,250,044), Poland (1,140,572) dan Iran (1,115,770) pula melepasi satu juta kes. 

Sementara itu, Peru (984,973), Ukraine (925,321),  Afrika Selatan (860,964), Belanda (632,031), Indonesia (632,031), Belgium (608,137), Czechia (581,079), Iraq (575,972), Chile (573,830) dan Romania (559,587) termasuk dalam negara yang merekodkan angka lebih setengah juta kes.

Negara dalam lingkungan angka 300,000 hingga 500,000 kes jangkitan koronavirus adalah Bangladesh (492,332), Kanada (468,635), Filipina (450,733), Pakistan (450,733), Maghribi (400,826), Switzerland (384,557), Arab Saudi (360,013), Israel (359,070), Portugal (350,938), Austria (325,051) dan Sweden (320,098).

Dalam pada itu, sebanyak 35 negara merekodkan angka positif dalam lingkungan 100,000 hingga 300,00 kes.

Kebanyakan negara lain masih merekodkan angka positif di bawah 100,000 kes, termasuk Malaysia.



Sementara itu, jumlah kumulatif kematian akibat pandemik COVID-19 melepasi 1.62 juta kes di seluruh dunia.

Statistik Johns Hopkins University menunjukkan, jumlah kumulatif kematian global akibat COVID-19 terkini adalah sebanyak 1,618,509 juta kes.

Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 300,267 kes, diikuti Brazil dengan 181,402 kes.

India dan Mexico pula masing-masing merekodkan lebih 143,355 dan 113,953 kes kematian.

Sementara itu, Itali (65,011), United Kingdom (64,500), Perancis (58,386) dan Iran (52,447) merekodkan angka kematian lebih 50,000 kes.

Negara yang merekodkan 30,000 hingga 50,000 kematian adalah Sepanyol (48,013) dan Rusia (46,846), Argentina (40,766), Colombia (39,053) dan Peru (39,053).

Dalam pada itu, tiga negara yang melepasi angka 20,000 ialah Afrika Selatan (23,451), Poland (22,960) dan Jerman (22,330).

Indonesia (18,956), Belgium (17,951), Turki (16,646), Chile (15,931) dan Ukraine catat angka kematian di bawah 20,000.