JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia kini melepasi 65 juta.

Ini berikutan pertambahan ratusan ribu kes baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat terus kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan lebih 14.2 juta kes.

Ini diikuti India dengan lebih 9.57 juta kes, manakala Brazil merekodkan lebih 6.4 juta kes.

Negara yang melepasi angka dua juta kes adalah Russia dan Perancis.

Sepanyol, United Kingdom, Itali, Argentina, Colombia, Mexico, Jerman dan Poland pula mencatat lebih sejuta kes.

Peru, Afrika Selatan, Ukraine, Turki, Belgium, Iraq, Chile, Indonesia dan Belanda merekodkan angka lebih setengah juta kes.

Sementara itu, angka kematian pula kini melepasi 1.5 juta kes.

Amerika Syarikat merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 275,000, diikuti Brazil dengan lebih 174,000.

India dan Mexico pula masing-masing merekodkan lebih 139,000 dan 108,000 kematian.

Sementara itu, United Kingdom, Itali dan Perancis merekodkan angka kematian lebih 50,000.