awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penduduk bukan warganegara di Sabah menurun 0.32 peratus tahun lepas
300 permohonan lesen mendulang emas diterima sejak awal Januari
PM harap Malaysia-Turkiye saling jadi ‘hab serantau’ untuk Asia dan Eropah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jepun tangguh pelancaran roket H3 bagi siasat kegagalan terdahulu

Bernama
Bernama
07/01/2026
11:05 MYT
Jepun tangguh pelancaran roket H3 bagi siasat kegagalan terdahulu
Pada 22 Dis, roket H3 kelapan JAXA gagal meletakkan satelit "Michibiki No. 5" ke orbit seperti dirancang, sekali gus mengakibatkan kegagalan pelancaran. - Gambar/ BERNAMA-Xinhua
TOKYO: Jepun memutuskan untuk menangguhkan pelancaran roket H3 yang dijadualkan pada 1 Feb, memandangkan siasatan terhadap kegagalan pelancaran roket H3 sebelum ini masih berjalan, menurut agensi angkasa negara itu pada Rabu, lapor Xinhua.

Ringkasan AI
  • Jepun menangguhkan pelancaran roket H3 yang dijadualkan pada 1 Feb disebabkan siasatan terhadap kegagalan pelancaran roket H3 sebelum ini masih berjalan, kata Agensi Penerokaan Aeroangkasa Jepun (JAXA).
  • Tarikh pelancaran baharu bagi roket H3 kesembilan yang membawa satelit bagi sistem tujuh satelit Jepun masih belum ditetapkan, menyebabkan ketidaktentuan terhadap pelancaran itu.
  • Kerajaan Jepun berusaha mewujudkan sistem geolokasi tujuh satelit tanpa bergantung kepada satelit asing, dengan lima satelit berada di orbit ketika ini.

Tarikh pelancaran baharu bagi roket H3 kesembilan, yang akan membawa satelit bagi sistem tujuh satelit Jepun, masih belum ditentukan, menurut kenyataan Agensi Penerokaan Aeroangkasa Jepun (JAXA).
Pada 22 Dis, roket H3 kelapan JAXA gagal meletakkan satelit "Michibiki No. 5" ke orbit seperti dirancang, sekali gus mengakibatkan kegagalan pelancaran.
"Kami menggembleng semua sumber dan usaha untuk menyiasat punca kegagalan pelancaran itu. Jadual pelancaran baharu akan diumumkan setelah disahkan," kata JAXA.
Kerajaan Jepun menyasarkan untuk mewujudkan sistem geolokasi tujuh satelit yang mampu menyediakan maklumat kedudukan tanpa bergantung kepada satelit asing. Ketika ini, lima satelit berada di orbit.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jepun
#penerokaan angkasa
#roket H3
#Michibiki No 5
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan