JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia kini 169.1 juta.

Hampir 200,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lalu.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 33.2 juta kes.

Ini diikuti India dengan 27.55 juta kes dan Brazil dengan lebih 16.34 juta kes.

Negara yang mencatat angka melebihi 5 juta kes ialah Perancis dan Turki.

Rusia makin menghampiri angka 5 juta manakala United Kingdom dan Itali mencatat kes melebihi 4 juta.

Jerman, Sepanyol, Argentina dan Colombia pula mencatat lebih 3 juta kes.

Poland, Iran, Mexico dan Ukraine mencatat lebih 2 juta kes.

Peru, Indonesia, Belanda, Afrika Selatan, Kanada antara negara yang merekodkan lebih sejuta kes positif.

Negara dalam lingkungan 300,000 hingga 600,000 kes termasuk Malaysia, Slovakia dan Panama.

Negara lain merekodkan angka positif di antara 100,000 dan 300,000 kes.

Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia kini melebihi 3.51 juta kes.

Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 593,000 kes.

Ini diikuti Brazil dengan lebih 456,000 kes; India lebih 318,000 kes; Mexico lebih 222,000 kes.

Sementara United Kingdom, Itali, Rusia dan Perancis pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 50,000 kes termasuk Jerman dan Sepanyol.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan menghampiri 50,000 kes korban.

Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 20,000 diikuti Malaysia.

Singapura kekal dengan 32 kematian setakat ini.