Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia ketika ini melebihi 190.7 juta.

Ini berikutan lebih 500,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 34.1 juta kes.

Ini diikuti India dengan lebih 31.1 juta kes dan Brazil dengan lebih 19.3 juta kes.

Manakala negara yang melebihi angka 5 juta kes ialah Perancis, Rusia, Turki dan United Kingdom.

Argentina, Colombia dan Itali pula mencatat kes melebihi 4 juta.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka tertinggi kes COVID-19 dengan melepasi 2.9 juta kes.

Ini diikuti Filipina dengan lebih 1.5 juta.

Malaysia lebih 900 ribu kes, manakala Thailand dan Singapura masing-masing merekodkan lebih 415,000 dan lebih 63,000 kes.