JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia ketika ini melebihi 229.8 juta.

Ini berikutan lebih 500,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling terjejas dengan 42.4 juta kes.

Ini diikuti India dengan lebih 33.5 juta kes dan Brazil dengan lebih 21.2 juta kes.

United Kingdom, Rusia dan Perancis antara negara yang mencatatkan lebih 7 juta kes, manakala Turki menghampiri jumlah 7 juta.

Argentina melebihi 5 juta dan diikuti Colombia serta Sepanyol yang semakin hampir kepada jumlah tersebut.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka tertinggi kes COVID-19 dengan menghampiri 4.1 juta kes.

Ini diikuti Filipina dengan lebih 2.4 juta, Malaysia lebih 2 juta kes, Thailand dengan 1.5 juta kes, manakala  Singapura merekodkan lebih 79,000 kes.

Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia kini melepasi 4.71 juta.

Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 680,000 kes.

Ini diikuti Brazil dengan lebih 591,000 kes, India lebih 445,000 kes, Mexico lebih 272,000 kes.

Sementara United Kingdom kini mencatat lebih 135,000 kematian.

Rusia, Itali dan Perancis pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 93,000 kes ialah Jerman sementara Sepanyol melebihi 86,000 kes.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan lebih 140,000 kes korban.

Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 37,000 diikuti Malaysia dengan 24,000 kes, manakala Thailand dengan lebih 15,000 angka korban.