awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kemelut politik Perlis: ‘Presiden Pas disaran ambil alih Pengerusi PN 2.0’ - Afnan
Perolehan projek Tentera Darat: SPRM sita enam akaun bank, geledah beberapa syarikat
SPRM rakam keterangan bekas menteri disyaki terima rasuah RM5 juta, Lamborghini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Beri ruang Kim Swee capai sasaran di NFDP - Mohd Yusoff

Bernama
Bernama
29/12/2025
08:26 MYT
Beri ruang Kim Swee capai sasaran di NFDP - Mohd Yusoff
Isnin lepas, Kim Swee yang juga bekas ketua jurulatih Sabah FC diumumkan sebagai Pengarah Teknikal NFDP baharu, menggantikan Oscar Francisco Gonzalez. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pengarah Teknikal Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) Datuk Ong Kim Swee wajar diberikan ruang sepenuhnya bagi mencapai sasaran yang ditetapkan, kata pemangku Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Yusoff Mahadi.
Mohd Yusoff berkata kepercayaan itu perlu merangkumi semua aspek, termasuk penilaian kedudukan barisan kejurulatihan sedia ada atau baharu, selain modul pembangunan yang akan digunakan.
Beliau menegaskan adalah penting untuk Kim Swee bekerjasama dengan individu yang diyakini mampu membantu mencapai keputusan yang diingini, di samping mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif.
"Tak boleh halang dia (Kim Swee). Jika terikat dengan perkara lama, ia mungkin mengganggu dan menyekat usaha untuk buat yang lebih baik.
"Apabila dia dilantik, kita perlu beri sepenuhnya kepercayaan dan kuasa kepadanya untuk menentukan barisan kejurulatihan atau bentuk silibus bagi memperbaiki kelemahan sedia ada.
"Jika terlalu banyak batasan, ia hanya akan menyukarkan tugasnya. Jadi, saya fikir kita perlu beri ruang kepadanya untuk berkarya mengikut caranya," katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Isnin lepas, Kim Swee yang juga bekas ketua jurulatih Sabah FC diumumkan sebagai Pengarah Teknikal NFDP baharu, menggantikan Oscar Francisco Gonzalez berkuat kuasa 1 Dis lepas.
Presiden Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM) itu memiliki reputasi dan pengalaman luas bermula sebagai jurulatih di Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) sebelum menerajui skuad Harimau Muda, seterusnya dilantik sebagai ketua jurulatih Harimau Malaya pada 2016.
Jurulatih berusia 55 tahun itu juga pernah memegang jawatan Pengarah Teknikal FAM pada 2021.
Bagaimanapun, pelantikan Kim Swee dicemari isu 'periuk nasi' jurulatih selepas media melaporkan beliau bersedia menilai barisan jurulatih sedia ada, sama ada mereka masih relevan untuk dikekalkan atau perlu dilepaskan demi kelangsungan program.
Media turut melaporkan Kim Swee mengakui terdapat pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu sehingga mengeluarkan kenyataan negatif.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ong Kim Swee
#NFDP
#pengarah teknikal
#kejurulatihan
#FAM
#Mohd Yusoff Mahadi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan