JUMLAH kumulatif kes positif global COVID-19 kini mencecah 42,070,215.

Ini berikutan lebih 400,000 jangkitan baharu direkodkan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan, Amerika Syarikat terus kekal sebagai negara paling teruk dengan 8,479,652 kes.

Ini diikuti India dengan 7,761,312 kes dan Brazil 5,323,630 kes.

Angka jangkitan di Rusia, Perancis, Argentina dan Sepanyol pula melepasi 1 juta kes.

Negara yang melepasi angka setengah juta adalah Colombia, Peru, Mexico, United Kingdom, Afrika Selatan dan Iran.

Negara dalam lingkungan angka 300,000 hingga 500,000 kes jangkitan COVID-19 adalah Chile, Itali, Iraq, Jerman, Bangladesh, Indonesia, Filipina, Turki, Arab Saudi, Ukraine, Pakistan, Belanda, Belgium, Poland dan Kanada.

Manakala negara yang melepasi angka 100,000 hingga 200,000 adalah Romania, Magribi, Ecuador, Nepal Dan Bolivia, Qatar, Panama, Uae, Kuwait, Oman, Kazakstan, Portugal, Sweden, Mesir, Guatemala dan Costa Rica.

Terdapat juga beberapa negara lain masih merekodkan kes jangkitan koronavirus tersebut di bawah 100,000.