[TERKINI] Najib didapati bersalah empat kes rasuah dana 1MDB
![[TERKINI] Najib didapati bersalah empat kes rasuah dana 1MDB [TERKINI] Najib didapati bersalah empat kes rasuah dana 1MDB](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-auto,h-auto,q-80,f-webp/https://img.astroawani.com/2025-04/41744872564_NajibTunRazak.jpg)
Najib (tengah) didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas empat kes menggunakan kedudukan untuk rasuah dana 1MDB sebanyak RM2.3 bilion antara 2011 dan 2014. -Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat, atas empat kes menggunakan kedudukan untuk rasuah dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebanyak RM2.3 bilion, antara 2011 dan 2014 lalu.
Ringkasan AI
- Datuk Seri Najib Tun Razak didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas empat kes menggunakan kedudukan untuk rasuah dana 1MDB sebanyak RM2.3 bilion antara 2011 dan 2014.
- Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah memutuskan bahawa pertuduhan terhadap Najib adalah jelas dan tidak bertindih, serta pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah.
- Najib menghadapi hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda sehingga lima kali jumlah suapan atau RM10,000 yang lebih tinggi, sekiranya didapati bersalah dalam kes tersebut.
Mahkamah menolak hujahan pembelaan bahawa, pertuduhan sebagai kabur dan saling bertindih menyebabkan kesukaran kepada Najib untuk memahaminya serta menyediakan pembelaan.
Katanya, empat pertuduhan ini tidak menimbulkan prejudis terhadap bekas Perdana Menteri selain tidak timbul isu kecacatan dalam pertuduhan berkenaan.
"Setelah meneliti afidavit dan hujahan bertulis kedua-dua pihak termasuk mendengar hujahan lisan, mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melangkaui keraguan munasabah.
“Oleh itu tertuduh didapati bersalah dan disabitkan kesalahan sebagaimana dalam pertuduhan kes ini,” katanya.
Prosiding bersambung dengan Collin membacakan keputusan bagi 21 lagi kes berkaitan pengubahan wang haram bermula jam 4.11 petang.
Pendakwaan dalam kes ini dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Ahmad Akram Gharib, Datuk Kamal Baharin Omar, Mohamad Mustaffa P Kunyalam, Deepa Nair Thevaharan, Nadia Mohd Izhar, Najwa Bistamam, Hazmida Harris Lee dan Siti Aina Rodhiah Shikh Md Saud.
Sementara pembelaan bagi Najib diwakili peguam-peguam antaranya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, Datuk Tania Scivetti, Wan Azwan Aiman Wan Fakhruddin, Muhammad Farhan Muhammad Shafee dan Wan Mohammad Arfan Wan Othman dan Effa Azuin.
Najib, 72, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama antara 2011 hingga 2014 lalu.
Kesalahan didakwa dilakukan di AmIslamic Bank Berhad, Bukit Ceylon Kuala Lumpur, di antara 24 Februari 2011 dengan 19 Disember 2014 manakala bagi semua pertuduhan pengubahan haram di antara 22 Mac dengan 30 Ogos 2013, di lokasi sama.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 (1) akta sama.
Bekas Menteri Kewangan itu berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda sehingga lima kali jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi, jika didapati bersalah.
Bagi 21 pertuduhan pengubahan wang haram, Najib didakwa melakukan kesalahan itu di bank sama, antara 22 Mac dengan 30 Ogos 2013.
Kesemua pertuduhan mengikut Seksyen 4 (1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA), yang memperuntukkan denda maksimum RM5 juta dan penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan. -Sinar Harian
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah kesalahan yang didakwa kepada Datuk Seri Najib Tun Razak oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur? A: Datuk Seri Najib Tun Razak didakwa bersalah atas empat kes menggunakan kedudukan untuk rasuah dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebanyak RM2.3 bilion antara tahun 2011 dan 2014.
- Q: Siapakah hakim yang membuat keputusan berkenaan kes Datuk Seri Najib Tun Razak? A: Keputusan kes Datuk Seri Najib Tun Razak dibuat oleh Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
- Q: Apakah tindakan yang mungkin diambil terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak jika didapati bersalah? A: Datuk Seri Najib Tun Razak boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan didenda sehingga lima kali jumlah suapan atau RM10,000 yang lebih tinggi, jika didapati bersalah.
- Q: Berapakah jumlah pertuduhan pengubahan wang haram yang dihadapi oleh Datuk Seri Najib Tun Razak? A: Datuk Seri Najib Tun Razak menghadapi 21 pertuduhan pengubahan wang haram yang melibatkan jumlah wang yang sama, antara tahun 2011 hingga 2014.
- Q: Siapakah individu yang mengendalikan pendakwaan dan pembelaan dalam kes Datuk Seri Najib Tun Razak? A: Pendakwaan dalam kes ini dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, manakala pembelaan bagi Najib diwakili oleh peguam-peguam antaranya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan beberapa lagi.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

