Ramalan awal banjir: Beberapa jajahan di Kelantan dijangka terkesan mulai hari ini

Jajahan yang dijangka terkesan termasuk Tumpat, Pasir Mas, Bachok, Machang, Kota Bharu, Pasir Puteh, Tanah Merah, Kuala Krai, dan Gua Musang. -Gambar fail/Bernama
KOTA BHARU: Beberapa jajahan di Kelantan diramalkan mengalami banjir bermula hari ini hingga 30 Dis susulan amaran hujan berterusan (bahaya) yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) hari ini.
Ringkasan AI
- Banjir di Kelantan diramalkan bermula hari ini hingga 30 Dis akibat amaran hujan berterusan yang dikeluarkan oleh MetMalaysia.
- Jajahan yang dijangka terkesan termasuk Tumpat, Pasir Mas, Bachok, Machang, Kota Bharu, Pasir Puteh, Tanah Merah, Kuala Krai, dan Gua Musang.
- Penduduk dan agensi pengurusan bencana diminta bersedia, mematuhi arahan pihak berkuasa, dan mengikuti kemas kini terkini melalui laman web Public Info Banjir.
Sehubungan itu, semua agensi pengurusan bencana serta penduduk khususnya di kawasan yang dikenal pasti diminta berwaspada, peka terhadap perkembangan semasa dan mematuhi arahan pihak berkuasa bagi mengurangkan risiko keselamatan.
JPS turut memaklumkan pemantauan berterusan akan dilakukan dan hebahan amaran banjir akan dikemas kini dari semasa ke semasa sekiranya hujan signifikan terus berlaku di lembangan sungai terlibat.
PRABN memaklumkan maklumat terkini dan amaran banjir boleh diperoleh menerusi laman sesawang rasmi Public Info Banjir di publicinfobanjir.water.gov.my serta platform media sosial berkaitan.
Hari ini, Bernama melaporkan MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya di Kelantan dan Terengganu hingga 29 Dis (Isnin).
MetMalaysia memaklumkan kawasan terlibat ialah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Machang serta Pasir Puteh.
Amaran hujan berterusan tahap buruk pula dijangka berlaku di Jeli, Tanah Merah dan Kuala Krai.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah amaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) berkaitan dengan jajahan di Kelantan? A: MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan (bahaya) bagi beberapa jajahan di Kelantan sehingga 30 Dis.
- Q: Apa yang perlu dilakukan oleh agensi pengurusan bencana serta penduduk kawasan yang berpotensi terjejas? A: Mereka diminta untuk berwaspada, peka terhadap perkembangan semasa, dan mematuhi arahan pihak berkuasa untuk mengurangkan risiko keselamatan.
- Q: Apakah jajahan-jajahan di Kelantan yang dijangka terkesan oleh banjir? A: Antara jajahan yang dijangka terkesan ialah Tumpat, Pasir Mas, Bachok, Machang, Kota Bharu, Pasir Puteh, Tanah Merah, Kuala Krai, dan Gua Musang.
- Q: Di mana maklumat terkini dan amaran banjir boleh diperoleh? A: Maklumat terkini dan amaran banjir boleh diperoleh melalui laman sesawang rasmi Public Info Banjir di publicinfobanjir.water.gov.my serta platform media sosial berkaitan.
- Q: Berapa lama amaran hujan berterusan tahap bahaya di Kelantan dan Terengganu dijangka berlangsung? A: Amarannya dijangka berlangsung hingga 29 Dis (Isnin) bagi Kelantan dan Terengganu.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

