awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
NASA bawa pulang kru ISS lebih awal akibat masalah kesihatan serius
Volvo bakal umum SUV elektrik EX60 dengan jarak perjalanan mencapai 810km
Elon Musk mahu bina kilang pengeluaran cip 2nm tidak tegas dari segi kebersihan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Kes positif seluruh dunia lepasi 100 juta

Isabelle Leong
Isabelle Leong
26/01/2021
22:18 MYT
COVID-19: Kes positif seluruh dunia lepasi 100 juta
Angka kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia terkini mencecah 2,151,248 kes. - Gambar fail
JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia kini melepasi 100 juta.
Ia berikutan lebih ratusan ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas, sekali gus menjadikan kes kumulatif global kini sebanyak 100.06 juta.
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 25.38 juta kes.
COVID-19 | Kes positif seluruh dunia lepasi 100 juta
Ini diikuti India dengan 10.67 juta kes dan Brazil dengan 8.87 juta kes manakala negara yang merekodkan lebih 3 juta kes adalah Rusia, United Kingdom dan Perancis.
Sepanyol, Itali, Turki, Jerman dan Colombia mencatat lebih 2 juta kes.
Argentina, Mexico, Poland, Afrika Selatan, Iran, Ukraine, Peru dan Indonesia pula antara negara yang mempunyai lebih 1 juta kes positif.
Manakala Belanda, Czechia, Kanada, Romania, Chile, Belgium, Portugal, Iraq, Israel, Sweden, Pakistan, Bangladesh, Filipina dan Switzerland pula antara negara yang mempunyai kes melepas angka 500,000.
Negara dalam lingkungan 300,000 hingga 500,000 kes termasuk Maghribi, Austria, Serbia, Jepun, Arab Saudi, Hungary, Jordan dan Panama.
Negara lain merekodkan angka positif antara 100,000 dan 300,000 kes termasuk Malaysia.
COVID-19 | Angka korban dunia kini lepasi 2.15 juta
Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia kini mencecah 2.15 juta.
Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 423,000 kes.
Ini diikuti Brazil dengan lebih 217,000 kes, sementara India dan Mexico pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.
Negara yang merekodkan angka korban melebihi 50,000 termasuk United Kingdom, Itali, Perancis, Rusia, Iran, Sepanyol, Jerman dan Colombia.
Manakala negara yang merekodkan antara 30,000 hingga 50,000 kes kematian adalah Argentina, Afrika Selatan, Peru dan Poland.
Selain itu, Indonesia, Turki, Ukraine dan Belgium pula mencatatkan lebih 20,000 angka korban.
Kebanyakan negara lain merekodkan kes kematian akibat COVID-19 di bawah 20,000.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#jumlah kematian
#kes positif
#angka korban
#Johns Hopkins University
#Amerika Syarikat
#India
#Brazil
#Malaysia
#Jepun
#Itali
#Belanda
#Indonesia
#Sweden
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan