Elon Musk mahu bina kilang pengeluaran cip 2nm tidak tegas dari segi kebersihan

Elon Musk memiliki beberapa syarikat teknologi termasuk X, xAI, Tesla dan Starlink. - Gambar fail/REUTERS
APABILA bercakap mengenai kilang pengeluaran cip semikonduktor, ruang-ruang yang menghasilkan, menguji dan mempakejkan cip-cip ini secara lazimnya dinamakan “clean room” atau bilik bersih.
Ringkasan AI
- Kilang pengeluaran cip semikonduktor menekankan kebersihan yang sangat tinggi dalam clean room untuk mengelakkan kerosakan pada komponen elektronik.
- Elon Musk merancang untuk membangunkan kilang pengeluaran cip pemprosesan sendiri tanpa menitikberatkan aspek kebersihan clean room sebagaimana konvensional.
- Standard kebersihan ISO Class 1 dan Class 2 amat penting untuk pengeluaran cip semikonduktor terkini seperti 2nm, menyebabkan syak wasangka terhadap kebolehan Tesla dalam menghasilkan cip sendiri tanpa mematuhi piawaian yang ketat.
Beliau mengatakan bahawa Tesla akan membangunkan kilang pengeluaran cip 2nm mereka sendiri dan akan membuktikan bahawa beliau boleh memakan burger dan menghisap curut dalam kilang tersebut, dan ia masih akan boleh menghasilkan cip pemprosesan tanpa masalah.
Kebersihan dalam kilang-kilang semikonduktor ialah salah satu aspek yang sangat dititikberatkan, dan mempunyai tahap piawaian ISO tersendiri bergantung kepada jenis cip semikonduktor yang sedang dihasilkan.
Sebagai contoh, clean room dengan piawaian ISO Class 1 hanya boleh mempunyai 10 zarah sebesar 0.1 µm dalam setiap 1 meter padu udara, manakala clean room dengan piawaian ISO Class 2 membenarkan sehingga 100 zarah dengan saiz sama dalam lingkungan udara yang sama.
Untuk pengeluaran cip semikonduktor menggunakan proses terbaru seperti 2nm, piawaian ISO Class 1 dan Class 2 akan diperlukan secara lazimnya. Oleh kerana ini, ia agak sukar untuk mempercayai apa yang dikatakan oleh Elon Musk tentang fasal kebersihan dalam kilang.
Tesla mungkin akan membuka kilang cip semikonduktor mereka sendiri supaya mereka boleh menghasilkan komponen-komponen yang diperlukan di masa hadapan, tetapi jika piawaian-piawaian tertentu tidak dijaga, ia tidak diketahui bagaimana mereka boleh menghasilkan cip-cip mereka sendiri.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


