awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Konsultan rugi RM690,500 ditipu pelaburan dalam talian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Kes positif seluruh dunia melebihi 261.4 juta, korban 5.198 juta

Astro Awani
Astro Awani
28/11/2021
22:45 MYT
COVID-19: Kes positif seluruh dunia melebihi 261.4 juta, korban 5.198 juta
Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 776,000 kes. - Foto fail/AP
JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia ketika ini melebihii 261.4 juta, berikutan lebih 400,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling terjejas dengan melebihi 48.1 juta kes.
Ini diikuti India dengan lebih 34.5 juta kes dan Brazil dengan lebih 22 juta kes.
United Kingdom catat lebih 10 juta kes dan Rusia kini catat lebih 9 juta kes.
Manakala Turki memasuki kumpulan negara yang catat lebih 8 juta kes.
Perancis pula mencatatkan lebih 7 juta kes, sementara Argentina, Sepanyol dan Colombia melebihi 5 juta kes.
Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka tertinggi kes COVID-19 dengan melebihi 4.2 juta kes.
Ini diikuti dengan Filipina dengan lebih 2.8 juta, Malaysia lebih 2.6 juta kes dan Thailand dengan 2 juta kes.
Manakala Singapura merekodkan lebih 261,000 kes.
Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini melebihi 5.198 juta.
Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 776,000 kes.
Ini diikuti Brazil dengan lebih 614,000 kes, India lebih 468,000 kes dan Mexico lebih 293,000 kes.
Sementara Rusia kini catat lebih 267,000 kematian.
United Kingdom, Itali, Perancis dan Jerman pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.
Negara yang merekodkan angka korban melebihi 87,000 kes adalah Sepanyol.
Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan lebih 143,000 kes korban.
Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 48,000 diikuti Malaysia dengan 30,000 kes.
Manakala Thailand dengan lebih 20,000 angka korban.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#kes positif
#kes kematian
#Johns Hopkins University
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan