awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Konsultan rugi RM690,500 ditipu pelaburan dalam talian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
01/01/2026
15:59 MYT
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 1 Januari 2026.
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Khamis, 1 Januari 2026.
1. Zohran Mamdani angkat sumpah Datuk Bandar NYC Muslim pertama
Upacara angkat sumpah berlangsung secara sederhana di stesen kereta api bawah tanah lama di bawah Dewan Bandaraya.
2. Malaysia kecam sekeras-kerasnya tindakan Israel larang operasi organisasi bantuan kemanusiaan di Gaza
Wisma Putra memaklumkan bahawa tindakan itu merupakan pelanggaran jelas terhadap undang-undang kemanusiaan antarabangsa.
3. Trump arah pengunduran Pengawal Negara dari Chicago, Los Angeles, Portland
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkata pada Rabu bahawa pentadbirannya akan menarik keluar anggota Pengawal Negara dari Chicago, Los Angeles dan Portland.
4. Speaker Parlimen Pakistan, Menteri Luar India berjabat tangan di Dhaka
Ia pertemuan peringkat tinggi pertama antara kedua-dua negara sejak konflik ketenteraan yang berlaku pada Mei lalu.
5. Presiden Prabowo sambut tahun baharu 2026 bersama mangsa banjir di Aceh
Qodari tidak mendedahkan butiran terperinci agenda Prabowo, namun mengesahkan Daerah Bener Meriah akan menjadi antara destinasi yang dilawati.
6. Letupan, kebakaran di bar resort ski Crans-Montana dilapor ragut banyak nyawa
Letupan berlaku sekitar jam 1.30 pagi waktu tempatan di bar Le Constellation, lokasi tumpuan pelancong di kawasan pergunungan Alps.
7. Gempa bumi sederhana landa Laut Banda, Indonesia dan Rantau Kepulauan Filipina
Gempa bumi sederhana melanda Laut Banda (5.5 SR) dan Kepulauan Filipina (5.1 SR) pagi ini; tiada ancaman tsunami ke atas Malaysia.
8. Polis Jepun bangunkan sistem AI lakar wajah suspek
Sistem AI bantu polis Jepun hasilkan lakaran wajah suspek dengan cepat, diuji April 2026-Sept 2027 di Aichi.
9. Gereja bersejarah Vondelkerk musnah dalam kebakaran malam Tahun Baharu
Kebakaran dilaporkan bermula sekitar jam 12.45 pagi waktu tempatan dan merebak pantas ke seluruh struktur bangunan berusia 154 tahun itu.
10. Roberto Carlos stabil selepas jalani pembedahan jantung kecemasan
Pembedahan dilakukan selepas doktor mengesan keadaan jantung berisiko tinggi jika tidak dirawat segera.
Topic Berkaitan
#berita pilihan
#antarabangsa
#gempa bumi
#bantuan kemanusiaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan