Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 1 Januari 2026.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 1 Januari 2026.
Penyelarasan pemeriksaan di pintu pelepasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 yang bermula hari ini menerima reaksi positif daripada pengembara, sekali gus melancarkan pergerakan di pintu masuk negara itu.
Pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di bawah Pinjaman Boleh Ubah Berasaskan Merit (PBU) Tempat Berkhidmat 2016 kini berpeluang menukar kepada model PBU Akademik secara berfasa mulai Isnin ini.
Orang ramai diseru mempamerkan sikap ramah mesra dan mengamalkan budaya hospitaliti sebagai persediaan menyambut kehadiran pelancong antarabangsa sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026), termasuk menitikberatkan aspek kebersihan persekitaran.
Penduduk di sekitar bandar raya Kuching diminta bersiap siaga menghadapi kemungkinan banjir lebih buruk menjelang fenomena air pasang besar pada 2 dan 4 Januari ini.
Senarai nama calon Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) baharu Perlis akan dipersembahkan kepada Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada minggu depan, kata Menteri Besar Abu Bakar Hamzah.
Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan dakwaan bahawa fasiliti Klinik Kesihatan tidak lagi menerima pesakit walk-in, atau jumpa terus, seperti yang tular di media sosial.
Seorang pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terlibat dalam kejadian sebuah helikopter melakukan pendaratan cemas di perairan Pantai Klebang malam tadi, menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka.
Kerajaan MADANI akan terus memberikan komitmen bagi memastikan keharmonian dalam kepelbagaian kekal menjadi teras kemajuan negara, selain memperkukuh ekonomi demi kesejahteraan rakyat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibra
Alam Flora Sdn Bhd (Alam Flora) mengutip kira-kira 3.2 tan sampah di tiga lokasi utama sekitar ibu negara sempena sambutan Ambang Tahun Baharu 2026, berkurangan kira-kira 11 peratus berbanding 3.6 tan pada tahun lepas.
Penguatkuasaan Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA) yang bermula hari ini menggariskan kerangka perundangan bagi meningkatkan keselamatan dalam talian serta memperkukuh perlindungan terhadap pengguna, khususnya kanak-kanak dan keluarga.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


