JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia ketika ini melepasi 230 juta, berikutan lebih 500,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling terjejas dengan 42.6 juta kes.

Ini diikuti India dengan lebih 33.5 juta kes dan Brazil dengan lebih 21.2 juta kes.

United Kingdom, Rusia dan Perancis antara negara yang mencatatkan lebih 7 juta kes, manakala Turki menghampiri jumlah 7 juta.

Argentina melebihi 5 juta dan diikuti Colombia serta Sepanyol yang semakin hampir kepada jumlah tersebut.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka tertinggi kes COVID-19 dengan menghampiri 4.2 juta kes.

Ini diikuti dengan Filipina dengan lebih 2.4 juta, Malaysia lebih 2 juta kes dan Thailand dengan 1.5 juta kes.

Manakala singapura merekodkan lebih 82,000 kes.


Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini melebihi 4.72 juta.

Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 682,000 kes.

Ini diikuti Brazil dengan lebih 592,000 kes, India lebih 446,000 kes dan Mexico lebih 273,000 kes.

Sementara United Kingdom kini catat lebih 136,000 kematian.

Rusia, Itali dan Perancis pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 93,000 kes adalah Jerman sementara Sepanyol melebihi 86,000 kes.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan lebih 141,000 kes korban.

Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 37,000 diikuti Malaysia dengan 24,000 kes.

Manakala Thailand dengan lebih 15,000 angka korban.