Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling terjejas dengan melebihi 48.3 juta kes.
Ini diikuti India dengan lebih 34.5 juta kes dan Brazil dengan lebih 22 juta kes.
United Kingdom catat lebih 10 juta kes dan Rusia kini catat lebih 9 juta kes manakala Turki menghampiri jumlah tersebut.
Perancis pula mencatatkan lebih 7 juta kes, sementara Argentina, Sepanyol dan Colombia melebihi 5 juta kes.
Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka tertinggi kes COVID-19 dengan melebihi 4.2 juta kes.
Ini diikuti dengan Filipina dengan lebih 2.8 juta, Malaysia lebih 2.6 juta kes dan Thailand dengan 2 juta kes.
Manakala Singapura merekodkan lebih 263,000 kes.
Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini melebihi 5.2 juta.
Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 777,000 kes.
Ini diikuti Brazil dengan lebih 614,000 kes, India lebih 468,000 kes dan Mexico lebih 293,000 kes.
Sementara Rusia kini catat lebih 268,000 kematian.
United Kingdom, Itali, Perancis dan Jerman pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.
Negara yang merekodkan angka korban melebihi 88,000 kes adalah Sepanyol.
Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan lebih 143,000 kes korban.
Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 48,000 diikuti malaysia dengan 30,000 kes.
Manakala Thailand dengan lebih 20,000 angka korban.