awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Kluster Lapangan Terbang Changi dengan 100 kes baharu cetus kebimbangan Singapura

Astro Awani
Astro Awani
22/05/2021
05:08 MYT
COVID-19: Kluster Lapangan Terbang Changi dengan 100 kes baharu cetus kebimbangan Singapura
Seramai 43 daripada 100 kes yang dikaitkan dengan kluster Lapangan Terbang Antarabangsa Changi sudah menerima sama ada satu atau dua dos vaksin COVID-19. - Gambar fail REUTERS
SINGAPURA: Kemunculan kluster Lapangan Terbang Antarabangsa Changi mencetuskan kebimbangan kepada negara Singapura berikutan 100 jangkitan baharu direkodkan sejak tiga minggu lalu.
Pada 5 Mei lalu, Kementerian Kesihatan (MOH) negara itu melaporkan seorang mangsa berusia 88 tahun yang juga seorang pekerja kebersihan di Terminal 3 lapangan terbang berkenaan disahkan positif wabak itu.
Antara simptom yang ditunjukkan warga emas itu ialah hidung berair dan batuk sebelum mendapatkan rawatan.
Lelaki itu juga, lapor MOH sudah melengkapkan pengambilan vaksin COVID-19 pada 15 Februari lalu.
Serentak itu, Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) dan Kumpulan Lapangan Terbang Changi (CAG) dalam kenyataan bersama berkata, siasatan awal yang dilakukan mengesan, kebarangkalian ‘penularan wabak’ itu berlaku dalam kalangan pekerja yang membantu sebuah keluarga dari Selatan Asia.
Keluarga berkenaan, lapor Channel News Asia (CNA), tiba di Singapura pada 29 April lalu dan disahkan positif COVID-19 sebaik ujian dilakukan semasa ketibaan mereka.
Menurut CNA juga, berdasarkan data yang dikongsi MOH, 43 daripada 100 kes yang dikaitkan dengan kluster Lapangan Terbang Antarabangsa Changi sudah menerima sama ada satu atau dua dos vaksin COVID-19.
Semenjak kluster berkenaan dikesan awal bulan ini, pihak berkuasa telah mengambil beberapa usaha pencegahan termasuk operasi ujian khas selain menutup pintu kemasukan terminal kepada orang awam.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#lapangan terbang antarabangsa changi
#Singapura
#Kluster baharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan