KUALA LUMPUR: Antara cabaran sepanjang program vaksinasi yang dilaksanakan di United Kingdom (UK) sejak Disember lalu adalah cara berdepan dengan golongan antivaksin.
Namun Pengerusi Mercy UK, Haliza Hashim Doyle memaklumkan, kerajaan UK bertindak aktif dengan mengambil pelbagai inisiatif sekali gus menggunakan kuasa komuniti dalam menangani isu berkenaan.
“Macam-macam kempen yang diadakan di sini, kempen dengan komuniti Asia, kempen dengan pelbagai komuniti etnik, di mana mereka adakan selebriti, ataupun menteri-menteri yang ambil vaksin dan adakan iklan di televisyen.
“Penduduk di sini juga sering menguar-uarkan di media sosial supaya komuniti ini mula mengambil dan mana-mana yang mengambil suntikan vaksin ini akan menceritakan pengalaman mereka,” jelas Haliza.
UK yang setakat hari ini telah memberi suntikan pertama vaksin COVID-19 kepada 18 juta penduduk, bakal melonggarkan arahan perintah berkurung secara berperingkat.
Kelonggaran itu dijangka membolehkan sesi persekolahan di seluruh UK kembali dibuka menjelang 8 Mac dan pihak ibu bapa dilihat bersedia dan menerima baik berita tersebut.
BACA: Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dilaksana secara berperingkat
BACA: MySejahtera: Daftar tanggungan bagi vaksinasi mula pertengahan Mac
“Di UK, kerajaan telah banyak kali mengenakan perintah berkurung. Sudah tiga kali kami berada di dalam tempoh ‘lockdown’ yang lama.
“Ibu bapa akan perlu keluar bekerja dan kebanyakan mereka dilihat bersedia untuk menghantar anak ke sekolah, dengan syarat guru-guru dan pihak kerajaan adakan sistem yang sesuai.
“Ia selepas melihat program vaksinasi ini sangat rancak dan giat berjalan, jadi mereka lebih yakin untuk menghantar anak ke sekolah,” jelas Haliza ketika ditemubual Astro AWANI pada Rabu.
Selain mengenakan syarat pemakaian pelitup muka, kewajipan untuk pelajar sekolah menengah menjalani ujian saringan sebelum memulakan sesi persekolahan juga salah satu syarat baharu.
Memetik laporan Reuters, program vaksin di UK terbukti berkesan mengurangkan kes dan risiko jangkitan sehingga lebih 70 peratus selepas suntikan pertama Pfizer-BioNTech dan 85 peratus selepas suntikan kedua.
Faris Danial Razi
Wed Feb 24 2021
Selain mengenakan syarat pemakaian pelitup muka, kewajipan untuk pelajar sekolah menjalani ujian saringan sebelum memulakan sesi persekolahan juga salah satu syarat baharu. - Gambar fail
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram
Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Kuantan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Megat D Shahriman kekal terajui MPM
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berjaya mempertahankan jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) buat penggal kedua berturut-turut pada Mesyuarat Agung Tahunan MPM kali ke-25, hari ini.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Kerajaan tanggung kerugian RM185 juta akibat lebihan vaksin COVID-19 - Dr Dzulkefly
Malaysia menanggung kerugian lebih RM185 juta akibat lebihan vaksin COVID-19 setakat 11 Jun lalu, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Kertas Putih Kesihatan: Tanpa PICK, kes COVID-19 lebih 10 juta - KKM
Kerajaan Malaysia telah berjaya menguruskan pandemik COVID-19 menerusi pendekatan multi strategi.
KKM hargai penglibatan NGO bantu jayakan program vaksinasi
Inisiatif seperti program vaksinasi dari rumah ke rumah yang digerakkan NCSM membantu KKM menjayakan PICK.
'Kerajaan sementara' ini berjaya capai banyak perkara jangka masa panjang - Khairy
Kerajaan yang dianggap sebagai kerajaan sementara ketika ini dilihat berjaya mencapai banyak perkara jangka masa panjang.
Hanya 4 kes AEFI serius babit kanak-kanak di Perak
Bagi remaja pula, sebanyak 23 kes dicatatkan dalam tempoh yang sama.
COVID-19: Kerajaan perlu pertimbang wajibkan dos ketiga
Langkah ini penting kerana jika tidak dilaksanakan ia boleh memberi masalah sistem kesihatan negara.
Vaksin COVID-19: 33.9 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap suntikan
Sejumlah 1,733,437 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
PICKids: 33 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap divaksin
Sejumlah 1,727,791 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Vaksin COVID-19: PICKids berakhir hari ini, selepas ini perlu bayar
Pengecualian diberikan kepada kanak-kanak yang terpaksa membatalkan janji temu sebelum atau pada 31 Mei 2022, akibat jangkitan COVID-19.
Mahkamah Tinggi tolak saman pemula difailkan penuntut berhubung kesan vaksinasi
Hakim Datuk Amarjeet Singh, berkata Mahkamah Timbang Tara tiada bidang kuasa untuk mendaftarkan award semakan kehakiman.