awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
OpenAI bangunkan model AI audio baharu, perbualan lebih semula jadi dijangka Mac ini
Koperasi masjid di Malaysia: Memperkasa ekonomi ummah menjelang 2026
Mahkamah tolak permohonan tahanan rumah bekas presiden Brazil, diarah kembali ke penjara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa kedua lemas di Pantai Sura Tengah ditemukan

Bernama
Bernama
02/01/2026
03:10 MYT
Mangsa kedua lemas di Pantai Sura Tengah ditemukan
Mohd Fazir disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dan mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk bedah siasat. - Foto JBPM Terengganu
DUNGUN: Mangsa kedua yang lemas ketika mandi bersama ahli keluarganya di Pantai Sura Tengah dekat sini semalam, ditemukan malam tadi.
Ketua Polis Daerah Dungun Superintenden Maizura Abdul Kadir berkata Mohd Fazir Shafie, 37, ditemukan terdampar di pantai oleh anggota pasukan penyelamat pada 12.35 tengah malam kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian.
"Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dan mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk bedah siasat pagi ini," katanya semasa dihubungi hari ini.
Pada 10.27 pagi semalam, Mohd Fazir, pemandu lori dari Kuantan, Pahang dikatakan cuba menyelamatkan kakaknya Nor Baizura, 39, yang lemas ketika mandi sebelum mereka dihanyutkan arus.
Nor Baizura, suri rumah dari Johor Bahru, Johor ditemukan lemas oleh anggota penyelamat pada 10.54 pagi hari sama.
Kejadian berlaku semasa dua beradik itu yang pulang ke kampung sempena cuti Krismas berkelah di pantai itu bersama-sama 13 ahli keluarga.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lemas
#Pantai Sura Tengah
#hanyut arus deras
#berkelah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan