LONDON: Tanggal 19 Julai merupakan 'hari kebebasan' untuk England apabila ia melonggarkan semua sekatan yang dilaksana sebelum ini dalam usaha mengekang penularan COVID-19.
Walaupun kadar jangkitan masih mencatat angka melebihi 54,000 sehari, namun semua perniagaan kini dibenar dibuka, selain pemakaian pelitup muka dan penjarakan sosial yang tidak lagi diwajibkan.
Kerajaan England menyatakan sudah sampai masa untuk masyarakat hidup bersama pandemik selain bertanggungjawab dalam usaha mengawalnya.
Namun, lebih 100 doktor dan saintis negara itu mengecam tindakan kerajaan yang disifatkan percubaan berbahaya dan tidak beretika.
Mereka menyifatkan tarikh itu sebenarnya tanda England menyerah kalah kepada pandemik, selain ia bakal meningkatkan lagi kadar jangkitan.
Seorang ahli virologi memaklumkan ia mengundang bencana, sementara Pengarah Program Kecemasan WHO, Dr Mike Ryan berkata ia langkah tidak bijak.
Pembatasan larangan kepada mereka yang tidak boleh diberi vaksin menyebabkan lebih 3.8 juta rakyatnya perlu melindungi keselamatan diri sendiri.
Anak-anak yang tidak layak mendapat vaksin walaupun ada yang diluluskan untuk usia lebih 12 tahun berisiko membawa pulang varian Delta jika mereka ke sekolah.
Langkah pembebasan ini mungkin mengakhiri 'kebebasan' mereka. Lebih parah lagi apabila kerajaan tidak lagi mewajibkan pemakaian pelitup muka, perlindungan terakhir terhadap wabak ini.
Pelitup muka sebenarnya melindungi pemakai daripada virus serta mengurangkan jumlah yang terdedah kepada individu lain.
Pilihan untuk memakai pelitip muka atau sebaliknya akan hanya mempengaruhi risiko setiap individu.
Pekerja yang bergantung kepada pengangkutan awam juga kini harus menanggung risiko akibat keputusan orang lain dalam isu berkenaan.
Langkah 'pembebasan' ini merupakan perspektif luar biasa semasa pandemik itu kini boleh merebak melalui udara.
Dalam pada itu, Perancis merekodkan peningkatan jumlah pendaftaran janji temu vaksin COVID-19 selepas Presiden Emmanuel Macron mengumumkan sekatan ke atas mereka yang tidak divaksin, termasuk ujian mandatori untuk memasuki restoran.
Ketua penyelaras laman tempahan janji temu vaksinasi, Doctolib boss Stanislas Niox-Chateau berkata, jumlah permintaan vaksinasi meningkat mendadak selepas pengumuman Macron.
Macron baru-baru ini mengumumkan bermula Ogos nanti, mereka yang mahu keluar untuk makan atau minum, menaiki kereta api bagi laluan jarak jauh, atau mengunjungi pusat beli-belah, perlu menunjukkan 'pas kesihatan' bukti sudah divaksinasi atau ujian calitan negatif.
Pas berkenaan juga diperlukan untuk mengunjungi acara, persembahan teater atau tayangan panggung sebagai sebahagian strategi kerajaan untuk mengekang penularan wabak yang kini dikaitkan dengan varian Delta.
Sementara itu, Canselor Jerman, Angela Merkel memberi isyarat kelonggaran peraturan kuarantin untuk warga Britain yang telah diberi vaksin sepenuhnya selepas pertemuan bersama Perdana Menteri Boris Johnson sebelum ini.
Antara yang dibincangkan, isu sekatan perjalanan COVID-19 ketika berlaku lonjakan kes varian Delta di negara tersebut.
Sementara itu, Johnson berkata, program vaksin Britain akan membolehkan warganya melakukan perjalanan ke luar negara dengan lebih meluas tahun ini.
Walaupun Britain berharap dapat melonggarkan syarat kuarantin untuk penerima vaksin penuh, beberapa negara Eropah termasuk Jerman menetapkan tempoh kuarantin bagi ketibaan dari Britain tanpa mengira status vaksinasi.
Dalam pada itu, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) menaikkan peringkat amaran COVID-19 terhadap United Kingdom (UK) kepada Tahap 4, tertinggi dalam skala amaran agensi itu, dan menggesa rakyatnya untuk tidak ke negara itu walaupun sudah menerima vaksin.
Saranan itu dibuat tatkala UK kini berdepan amaran lonjakan baharu jangkitan pandemik yang sebahagian besarnya berpunca daripada varian Delta yang merebak pantas dan mudah berjangkit selepas kerajaan negara itu memansuhkan semua sekatan dan kawalan sedia ada mulai Isnin.
Dalam perkembangan berasingan, keputusan Perdana Menteri Jepun Yoshihide Suga yang meletakkan Tokyo di bawah perintah darurat berikutan situasi pandemik COVID-19 yang tidak menentu terpaksa dibuat sepanjang tempoh temasya sukan Olimpik sebagai usaha mengekang peningkatan kes jangkitan.
Langkah tersebut, yang sudah berkuat kuasa Isnin lepas hingga 22 Ogos, bakal menyaksikan temasya sukan itu dilangsungkan tanpa penonton di ibu negara berkenaan.
Bagaimanapun, laporan menyebut sebanyak 58 kes positif COVID-19 melibatkan atlet, kakitangan dan pegawai kejohanan sukan Olimpik Tokyo 2020 telah direkodkan sepanjang bulan ini selain yang terbaharu melibatkan dua pemain besbol dari Mexico selain atlet gimnastik dari AS.
Astro Awani
Wed Jul 21 2021
Lebih 100 doktor dan saintis negara itu mengecam tindakan kerajaan yang disifatkan percubaan berbahaya dan tidak beretika. -Reuters
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
WHO hantar pakar ke Congo siasat wabak penyakit misteri
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menghantar pakar ke Republik Demokratik Congo untuk membantu pihak berkuasa kesihatan tempatan menyiasat wabak penyakit baharu yang membawa maut.
Penyelidikan Australia kaitkan diet tidak sihat dengan kanser membawa maut
Penyelidikan terkini di Australia mendapati terdapat kaitan antara pemilihan diet yang tidak sihat dengan risiko kanser yang boleh membawa maut.
Waspada, kekal cakna ancaman mpox menjelang musim cuti akhir tahun - Pakar
Menjelang musim cuti akhir tahun, orang ramai diingatkan supaya sentiasa berwaspada dan mengambil berat kebimbangan kesihatan termasuk yang berkaitan penyakit Mpox.
Mpox kekal sebagai kecemasan kesihatan awam global - WHO
Ketua Pengarah WHO mengumumkan bahawa virus mpox terus menjadi kecemasan kesihatan awam yang membimbangkan dunia.
Malaysia berpotensi jadi peneraju penyelidikan ubat botani
Malaysia, yang memiliki lebih 15,000 spesies tumbuhan ubatan, mempunyai potensi besar untuk menerajui penyelidikan ubat botani, menurut Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Malaysia berhadapan 87,000 kematian akibat Kerintangan Antimikrob menjelang 2030 jika tiada intervensi
Malaysia bakal menyaksikan unjuran kematian sebanyak 87,000 sekitar 2020 hingga 2030 sekiranya tiada sebarang intervensi dibuat bagi memerangi Kerintangan Antimikrob (AMR).
WHO keluar amaran kes campak melonjak di peringkat global
Anggaran kes global pada 2023 mencecah 10.3 juta, dengan hampir 110,000 kematian direkodkan.
WHO bakal muktamadkan perjanjian pandemik global menjelang Mei
Amprou menekankan bahawa dengan komitmen politik yang kukuh daripada negara anggota, rundingan "sedang berjalan ke arah yang diharapkan".
Kebuluran hampir berlaku di utara Gaza - Ketua WHO
"Terdapat kemungkinan besar bahawa kebuluran akan berlaku di utara Semenanjung Gaza," kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).