awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

WHO keluar amaran kes campak melonjak di peringkat global

Bernama
Bernama
15/11/2024
03:20 MYT
WHO keluar amaran kes campak melonjak di peringkat global
Vaksin campak menyelamatkan lebih banyak nyawa berbanding vaksin lain dalam tempoh 50 tahun yang lalu," kata Tedros Adhanom Ghebreyesus. - Gambar fail Reuters
GENEVA: Jumlah jangkitan campak di seluruh dunia meningkat sebanyak 20 peratus antara 2022 dan 2023, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan agensi kesihatan Amerika Syarikat CDC.
Anggaran kes global pada 2023 mencecah 10.3 juta, dengan hampir 110,000 kematian direkodkan, kebanyakannya melibatkan kanak-kanak di bawah umur lima tahun, iaitu kira-kira lapan peratus lebih rendah berbanding tahun sebelumnya, lapor agensi berita Jerman dpa pada Khamis.
Pihak berkuasa kesihatan memaklumkan, penyakit berkenaan boleh dicegah dengan dua dos vaksin.
Secara global, 83 peratus kanak-kanak menerima dos pertama, tetapi hanya 74 peratus mendapat dos kedua.
Menurut laporan itu, sekiranya 95 peratus kanak-kanak di setiap negara, wilayah, dan kumpulan divaksin, wabak berkenaan boleh dicegah.
"Vaksin campak menyelamatkan lebih banyak nyawa berbanding vaksin lain dalam tempoh 50 tahun yang lalu," kata Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus.
Menurut WHO, sekitar 57 juta kematian dapat dicegah melalui vaksinasi antara 2000 dan 2020.
"Untuk menyelamatkan lebih banyak nyawa dan menghentikan virus maut ini daripada menjejaskan golongan paling terdedah, kita mesti melabur dalam imunisasi untuk setiap orang tanpa mengira latar belakang," kata Tedros.
Sebanyak 57 negara melaporkan wabak campak pada 2023, hampir separuh daripadanya direkodkan di Afrika, lapor WHO dan CDC. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#WHO
#kes campak
#vaksin campak
#Tedros Adhanom Ghebreyesus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan