awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pentadbiran Trump tarik diri daripada puluhan organisasi antarabangsa
Cuaca sejuk ganggu perjalanan di Eropah Barat, ratusan penerbangan dibatalkan
Terbuka Malaysia: Semangkuk sup bersama Chong Wei suntik semangat Kunlavut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Lebih 45.3 juta kes direkod di seluruh dunia

Astro Awani
Astro Awani
30/10/2020
21:46 MYT
COVID-19: Lebih 45.3 juta kes direkod di seluruh dunia
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal sebagai negara paling teruk dengan lebih 9 juta kes. -Gambar fail
Jumlah kumulatif kes positif global COVID-19 kini merekodkan angka 45.37 juta kes.
Ini berikutan pertambahan ratusan ribu kes baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam.
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai negara paling teruk dengan lebih 9 juta kes.
Ini diikuti India dengan 8 juta kes, manakala Brazil merekodkan lebih 5.4 juta kes.
Angka jangkitan di Rusia, Perancis, Sepanyol, Argentina dan Colombia pula melepasi 1 juta kes.
Negara yang melepasi angka setengah juta ialah United Kingdom, Mexico, Peru, Afrika Selatan, Iran, Itali dan Iran.
Negara dalam lingkungan angka 300,000 hingga 500,000 kes jangkitan ialah Iraq, Indonesia, Bangladesh, Belgium, Ukraine, Filipina, Turki, Belanda, Arab Saudi, Poland dan Pakistan.
Dua puluh lagi negara merekodkan angka dalam lingkungan 100,000 hingga lebih 200,000 kes manakala bakinya merekodkan angka positif di bawah 100,000.
Topic Berkaitan
#Johns Hopkins University
#COVID-19
#kes positif
#Amerika Syarikat
#United Kingdom
#Brazil
#India
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan