awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
NASA bawa pulang kru ISS lebih awal akibat masalah kesihatan serius
Volvo bakal umum SUV elektrik EX60 dengan jarak perjalanan mencapai 810km
Elon Musk mahu bina kilang pengeluaran cip 2nm tidak tegas dari segi kebersihan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cuaca sejuk ganggu perjalanan di Eropah Barat, ratusan penerbangan dibatalkan

Astro Awani
Astro Awani
07/01/2026
23:15 MYT
Cuaca sejuk ganggu perjalanan di Eropah Barat, ratusan penerbangan dibatalkan
Skrin memaparkan pengumuman pembatalan dan kelewatan penerbangan di Lapangan Terbang Schiphol, Amsterdam, Belanda. - Foto AP
AMSTERDAM: Cuaca sejuk melampau yang membawa salji lebat dan ais telah menyebabkan kekacauan perjalanan di seluruh Eropah Barat, dengan ratusan penerbangan dibatalkan dan perkhidmatan kereta api serta pengangkutan darat turut terjejas.
Lebih 700 penerbangan dibatalkan di Lapangan Terbang Schiphol, Amsterdam, salah satu hab pengangkutan utama rantau itu, pada Rabu.
Di Perancis, pihak berkuasa penerbangan awam mengarahkan syarikat penerbangan mengurangkan 40 peratus penerbangan di Lapangan Terbang Charles de Gaulle di Paris.
Sekurang-kurangnya enam orang dilaporkan maut akibat insiden berkaitan cuaca minggu ini, lima di Perancis dan seorang di Bosnia.
Kekurangan Cecair Nyahbeku, Penumpang Terperangkap
Syarikat penerbangan nasional Belanda, KLM, memberi amaran bahawa Schiphol hampir kehabisan cecair nyahbeku selepas beberapa hari cuaca beku.
Jurucakap Stephan Donker menyifatkan keadaan itu sebagai “luar biasa”, dengan lebih 1,000 penumpang terpaksa bermalam di lapangan terbang tersebut.
Beberapa ratus katil disediakan di kawasan sebelum dan selepas pemeriksaan keselamatan, bersama makanan dan minuman.
Donker turut memberi amaran bahawa gangguan ini mungkin berlarutan, dengan lebih banyak kelewatan dan pembatalan dijangka dalam beberapa hari akan datang.
Gangguan Meluas di Perancis, UK dan Belgium
Di Paris, lebih 100 penerbangan dibatalkan di Charles de Gaulle dan 40 lagi di Orly.
Lapangan terbang Heathrow di London dan Brussels turut menyaksikan puluhan penerbangan ditangguh atau dibatalkan.
Perkhidmatan kereta api Eurostar antara London dan Paris juga terjejas, dengan beberapa perjalanan dibatalkan atau ditangguhkan pada Rabu.
Hampir separuh daripada tanah besar Perancis diletakkan dalam amaran cuaca salji lebat dan ais hitam, dengan lori-lori dilarang menggunakan jalan raya di beberapa kawasan.
“Lebih baik berada di sini daripada terperangkap di jalan,” kata pemandu Carle Bruno kepada agensi berita AFP di sebuah hentian lebuh raya di Le Havre.
Pihak berkuasa Perancis mengesahkan lima kematian akibat kemalangan jalan raya di dua wilayah berbeza awal minggu ini, manakala seorang wanita terbunuh di Sarajevo, Bosnia selepas bandar itu dilitupi salji setebal 40cm.
Topic Berkaitan
#cuaca sejuk melampau
#penerbangan dibatalkan
#salji
#lapangan terbang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan