awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Konsultan rugi RM690,500 ditipu pelaburan dalam talian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Manfaat vaksin mRNA melebihi risiko radang jantung

Astro Awani
Astro Awani
10/07/2021
03:32 MYT
COVID-19: Manfaat vaksin mRNA melebihi risiko radang jantung
WHO menjelaskan, manfaat vaksin mRNA COVID-19 melebihi risikonya, dengan mengurangkan kemasukan ke hospital dan kematian. - Gambar hiasan
MANFAAT yang diperoleh daripada vaksin Messenger Asid Ribonukleik (mRNA) COVID-19 adalah lebih besar berbanding risiko keradangan jantung yang sangat kecil selepas mengambil vaksin itu.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata pada Jumaat, vaksin mRNA boleh mengurangkan kes kemasukan ke hospital dan kematian.
Dalam satu kenyataan, WHO berkata, dua keadaan yang jarang berlaku iaitu myocarditis dan pericarditis dikesan beberapa hari selepas vaksinasi dos kedua, terutama di kalangan lelaki muda.
Bagaimanapun, tambahnya, kes-kes berkaitan dua keadaan itu sedang diperhatikan melalui vaksin yang menggunakan teknologi tersebut.
Antara vaksin berkenaan adalah Pfizer-BioNTech dan Moderna.
Jelas WHO, manfaat vaksin mRNA COVID-19 melebihi risikonya, dengan mengurangkan kemasukan ke hospital dan kematian.
BACA: Vaksin COVID-19: Mengapa mRNA jadi pilihan Malaysia?
WHO berkata, data menunjukkan kes myocarditis dan pericarditis secara amnya ringan dan bertindak balas terhadap rawatan seperti berehat atau ubat anti radang bukan steroid.
Namun, tindakan susulan sedang dilakukan untuk menentukan keputusan jangka panjang.
Individu yang diberikan vaksin tersebut diarah mendapatkan bantuan perubatan segera sekiranya mengalami gejala seperti sakit dada, sesak nafas atau degupan jantung laju selepas divaksin.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Europe
#dos kedua
#Moderna
#sesak nafas
#mRNA
#Pfizer-BioNTech
#vaksin
#Pertubuhan Kesihatan Sedunia
#WHO
#pericarditis
#myocarditis
#radang jantung
#keradangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan