awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AKPS Rantau Panjang rekod lebih 1.78 juta pergerakan keluar masuk sepanjang 2025
Jerman gesa "reformasi menyeluruh" Majlis Keselamatan PBB
Turkiye, tujuh negara lain gesa Israel tarik balik sekatan bantuan Gaza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: AS mula laksana sekatan perjalanan ke atas pengunjung dari India

Astro Awani
Astro Awani
03/05/2021
22:17 MYT
COVID-19: AS mula laksana sekatan perjalanan ke atas pengunjung dari India
Joe Biden umum larangan kemasukan warga asing yang berada di India dalam 14 hari terakhir minggu lalu. -REUTERS
WASHINGTON: Pengembara dari India yang mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa O'hare dengan Air India pada Isnin menjadi penerbangan terakhir dari New Delhi ke Chicago sebelum sekatan perjalanan dari negara itu bermula.
Amerika Syarikat (AS) melaksanakan larangan penerbangan dari India mulai hari ini, susulan peningkatan kes COVID-19 dan kemunculan varian baharu mutasi berganda.
Presiden Joe Biden mengisytiharkan perkara berkenaan minggu lalu dengan melarang kemasukan warga asing yang berada di India dalam 14 hari terakhir.
Larangan itu dikecualikan kepada penduduk tetap, pasangan suami isteri dan keluarga terdekat warga AS.
Larangan susulan nasihat daripada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit (CDC).
Ia juga disifatkan sebagai langkah proaktif melindungi kesihatan rakyatnya.
Pada 1 Mei lalu, kes harian COVID-19 di India terus melonjak melebihi 400,000 kes, tertinggi direkodkan sejak negara itu berdepan dengan gelombang kedua.
Selain AS, negara lain yang mengenakan larangan sama ke atas India ialah United Kingdom, Jerman, Itali, Singapura termasuk Malaysia.
Sementara Kanada, Hong Kong dan New Zealand pula menggantung sepenuhnya penerbangan komersial dengan negara Asia Selatan itu.
Rabu lalu, White House mengumumkan penghantaran bantuan bernilai lebih AS$100 juta untuk membantu India memerangi COVID-19.
Topic Berkaitan
#AS
#White House
#India
#COVID-19
#varian baharu
#Joe Biden
#sekatan perjalanan
#penyakit berjangkit
#warga asing
#New Delhi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan