awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19 mungkin ada selama-lamanya - Pakar

Agensi
Agensi
23/08/2020
23:56 MYT
COVID-19 mungkin ada selama-lamanya - Pakar
WALPORT: Virus ini akan selalu ada bersama kita dalam beberapa bentuk dan kita hampir pasti memerlukan vaksin secara berkala. -Gambar fail
Pandemik COVID-19 akan ada selama-lamanya di dunia ini sekali gus mendorong keperluan mengambil vaksin secara berkala.
Menurut bekas Ketua Penasihat Saintifik United Kingdom (UK), Prof Mark Walport, COVID-19 hampir sama dengan virus influenza menyebabkan ia memerlukan inokulasi berulang pada skala global.
Beliau yang juga anggota Kumpulan Penasihat Ilmiah untuk Kecemasan (Sage) memberitahu, COVID-19 juga tidak akan menjadi penyakit seperti cacar yang dapat dihapuskan dengan menggunakan vaksin.
"Ini adalah virus yang akan selalu ada bersama kita dalam beberapa bentuk atau yang lain dan hampir pasti memerlukan vaksin secara berkala.
"Jadi, seperti selesema, orang akan memerlukan vaksin secara berkala," katanya yang dipetik menerusi laporan The Guardian.
Mengulas lanjut, Walport berkata kemungkinan virus itu berada dalam keadaan luar kawalan dengan melihat peratusan kes positif meningkat khususnya di UK.
Bagaimanapun tegasnya, tindakan bersasar akan digunakan sebagai usaha untuk membendung penularan wabak berkenaan.
Beliau turut menzahirkan kebimbangan susulan penularan wabak berkenaan.
"Anda boleh lihat apa yang terjadi di Perancis, Sepanyol, dan di Korea Selatan, yang berjaya mengawal jangkitan dengan pantas namun kini melihat peningkatan kes.
"Oleh itu, jangkitan ini ada pada kita," katanya.
Walport berkata, kurang satu daripada lima orang di UK menghidap jangkitan virus itu, dan 80 peratus akan terdedah kepada jangkitan virus berkenaan.
Topic Berkaitan
#anggota Kumpulan Penasihat Ilmiah untuk Kecemasan Sage
#cacar
#COVID-19
#kes positif
#Korea
#Korea Selatan
#Korea Utara
#koronavirus
#pandemik
#Prof Mark Walport
#sepanyol
#United Kingdom
#vaksin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan