awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kiefer Sutherland ditahan atas dakwaan serang, ugut pemandu 'rideshare'
Suami isteri ditemui maut dibunuh dalam rumah
Kerajaan sasar nilai eksport nanas RM2 bilion menjelang 2027
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19 : New York catat kes positif lebih tinggi dari beberapa negara

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
23/03/2020
02:08 MYT
COVID-19 : New York catat kes positif lebih tinggi dari beberapa negara
Bandar raya tersibuk dunia New York kini menjadi lengang dan mempunyai kes jangkitan COVID-19 tertinggi di Amerika Syarikat. Gambar Reuters.
Bandaraya New York mencatatkan lebih banyak kes koronavirus daripada beberapa negara seperti Perancis, Korea Selatan, Switzerland dan United Kingdom, berdasarkan data Universiti Johns Hopkins.
Bandar raya itu merekodkan sebanyak 15,168 kes positif COVID-19 setakat Ahad lepas.
Gabenor New York, Andrew Cuomo berkata di dalam Amerika Syarikat (AS), Washington menjadi bandar raya kedua tertinggi dengan 1,647 kes diikuti California dengan 1,518 kes.
"New York sedang menghadapi bilangan kes COVID-19 lebih dari mana-mana wilayah di AS dan lebih dari beberapa negara di dunia," katanya dalam sidang media di Albany, New York.
Cuomo berkata, beliau telah meminta kerajaan pusat menyeragamkan pembelian peralatan perubatan dan menutup beberapa lokasi bagi pembinaan hospital sementara bagi merawat pesakit COVID-19.
Tambahnya, jurutera tentera akan membina hospital sementara di Stony Brook, Westbury, Westchester dan Jacob K. Javits Convention Centre di bandar raya itu yang mempunyai empat hospital persekutuan dengan 250 katil setiap satu.
Cuomo berkata kerajaan juga perlu menyeragamkan harga peralatan kesihatan sambil menyatakan kekurangan penutup hidung dan mulut serta barangan lain menyebabkan harga barangan itu melambung tinggi.
"Penutup hidung dan mulut yang dahulunya berharga 85 sen sekarang berharga AS$7, kenapa? Kerana bersaing dengan wilayah lain.
"Ketika ini, wilayah ini seolah-olah sedang bersaing antara satu sama lain. Dalam sesetengah kes, kita menyelamatkan beberapa wilayah, ini adalah situasi yang sukar untuk ditangani.
"Jika kami tidak mendapat peralatan kesihatan mencukupi, kita akan kehilangan nyawa yang sebenarnya kita mampu selamatkan," jelasnya.
Bandaraya New York menjadi pusat baharu wabak COVID-19 di Amerika Syarikat.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Andrew Cuomo
#California
#COVID-19
#Gabenor New York
#hospital sementara
#Korea Selatan
#New York
#Perancis
#Switzerland
#United Kingdom
#Universiti Johns Hopkins
#Washington
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan