awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tarif Trump jadi tumpuan menjelang keputusan penting Mahkamah Agung
Penerangan UMNO cadang tubuh Sayap Digital
Operasi perobohan di Kampung Chubadak Tambahan lancar, tiada bantahan - Polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kiefer Sutherland ditahan atas dakwaan serang, ugut pemandu 'rideshare'

Astro Awani
Astro Awani
14/01/2026
05:50 MYT
Kiefer Sutherland ditahan atas dakwaan serang, ugut pemandu 'rideshare'
Sutherland dibebaskan selepas membayar bon sebanyak AS$50,000 dan dijadualkan hadir di mahkamah Los Angeles Superior pada 2 Februari. -Gambar fail/Reuters
PELAKON veteran Kiefer Sutherland, 59, ditahan awal pagi ini di Hollywood, Los Angeles selepas disyaki menyerang dan mengugut sekurang‑kurangnya seorang pemandu perkhidmatan kongsi kereta (rideshare), menurut polis Los Angeles.

Ringkasan AI
  • Pelakon veteran Kiefer Sutherland, 59, ditahan di Hollywood, Los Angeles kerana disyaki menyerang dan mengugut seorang pemandu perkhidmatan kongsi kereta.
  • Sutherland didakwa masuk kenderaan pemandu, melakukan serangan fizikal, dan mengeluarkan ugutan jenayah terhadap mangsa.
  • Selepas membayar bon AS$50,000, Sutherland dibebaskan dan dijadualkan hadir di mahkamah Los Angeles Superior pada 2 Februari.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Polis menerima panggilan kecemasan sekitar jam 12.15 pagi waktu tempatan berhubung insiden tersebut di persimpangan Sunset Boulevard dan Fairfax Avenue.
Sutherland didakwa memasuki kenderaan pemandu tersebut, melakukan serangan fizikal serta mengeluarkan ugutan jenayah terhadap mangsa.
Sutherland dibebaskan selepas membayar bon sebanyak AS$50,000 dan dijadualkan hadir di mahkamah Los Angeles pada 2 Februari.
Sutherland dikenali menerusi wataknya sebagai ejen Jack Bauer dalam siri aksi “24”, dan telah menerima dua Anugerah Emmy serta Golden Globe.
Ini bukan pertama kali beliau berdepan tindakan undang‑undang. Sutherland pernah ditangkap atas kesalahan memandu di bawah pengaruh bahan terlarang pada 2004 dan 2007, serta satu dakwaan serangan pada 2009 yang akhirnya dibatalkan.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah tindakan yang diambil polis Los Angeles terhadap Kiefer Sutherland setelah insiden disyaki menyerang pemandu rideshare? A: Sutherland ditahan oleh polis Los Angeles setelah disyaki menyerang pemandu rideshare dan kemudiannya dibebaskan selepas membayar bon sebanyak AS$50,000.
  • Q: Apakah yang didakwa kepada Kiefer Sutherland selepas insiden tersebut? A: Sutherland didakwa memasuki kenderaan pemandu, melakukan serangan fizikal, serta mengeluarkan ugutan jenayah terhadap mangsa.
  • Q: Apabila Kiefer Sutherland dijadualkan untuk hadir di mahkamah Los Angeles Superior? A: Kiefer Sutherland dijadualkan untuk hadir di mahkamah Los Angeles Superior pada 2 Februari.
  • Q: Apakah sejarah kesalahan undang-undang terdahulu yang pernah dihadapi oleh Kiefer Sutherland? A: Kiefer Sutherland pernah ditangkap atas kesalahan memandu di bawah pengaruh bahan terlarang pada 2004 dan 2007, serta satu dakwaan serangan pada 2009 yang akhirnya dibatalkan.
  • Q: Apakah watak terkenal Kiefer Sutherland dalam siri aksi yang membuatkan namanya dikenali ramai? A: Kiefer Sutherland dikenali menerusi wataknya sebagai ejen Jack Bauer dalam siri aksi "24" dan telah menerima dua Anugerah Emmy serta Golden Globe.

Topic Berkaitan
#Kiefer Sutherland
#pelakon veteran
#menyerang dan mengugut
#pemandu perkhidmatan kongsi kereta
#Jack Bauer
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan