Suami isteri ditemui maut dibunuh dalam rumah

Polis berkata, motif serta punca kejadian masih dalam siasatan dan usaha mengumpul bukti serta keterangan saksi sedang giat dijalankan. - Gambar/ Astro AWANI
KUCHING: Sepasang suami isteri ditemui maut dipercayai dibunuh di rumah mereka di Taman Mutiara di Jalan Brayun Sri Aman di sini, hari ini.
Ringkasan AI
- Pasangan suami isteri ditemui maut dipercayai dibunuh di rumah mereka di Taman Mutiara di Jalan Brayun Sri Aman.
- Mayat Guru Besar Sekolah Kebangsaan (AK) Sbangki, Lubok Antu dan isterinya, seorang jururawat, ditemui oleh anak mereka dengan kesan kecederaan serius.
- Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah, menyatakan bahawa kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan motif serta punca kejadian masih dalam siasatan.
"Pasukan polis dari IPD Sri Aman bersama-sama pegawai perubatan dari Hospital Sri Aman telah segera dikerahkan ke lokasi kejadian.
"Pemeriksaan awal mengesahkan kedua-dua mangsa, iaitu seorang lelaki berumur 45 tahun dan isterinya berumur 44 tahun, telah meninggal dunia di tempat kejadian.
"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata, motif serta punca kejadian masih dalam siasatan dan usaha mengumpul bukti serta keterangan saksi sedang giat dijalankan.
Pihak polis menyeru orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian ini untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Kes, ASP Kalang di talian 019-331 7785, atau menghubungi Pusat Kawalan Daerah IPD Sri Aman, atau mana-mana balai polis berdekatan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


