KETIKA kita menyangka bahawa COVID-19 hampir berakhir dan kehidupan kembali normal selepas dua tahun pandemik, muncul satu amaran baharu kepada dunia.
Pengasas bersama Microsoft, Bill Gates dalam satu wawancara pada Ahad berkata impak pandemik COVID-19 akan menjadi lebih teruk, malah lebih dahsyat daripada apa yang dialami dunia ketika ini.
"Kita belum melihat situasi paling dahsyat," kata Gates dalam temu bual dengan Financial Times.
Gates beri amaran kemungkinan terdapat varian yang "lebih mudah tersebar dan lebih berbahaya" berbanding varian Delta dan Omicron."
Pengasas bersama dan dermawan Microsoft itu berkata beliau tidak mahu menjadi "suara yang menyampaikan berita malapetaka dan kedukaan", tetapi risiko varian yang jauh lebih ganas untuk muncul adalah "melebihi 5 peratus".
"Kita masih berisiko dilanda varian yang jauh lebih mudah tersebar dan membawa lebih banyak kematian," kata Gates.
Beliau juga memberi amaran akan keperluan vaksin yang mampu bertahan lebih lama dalam menangani penularan jangkitan wabak akan datang.
Gates juga menggesa penubuhan pasukan pakar antarabangsa, termasuk ahli epidemiologi dan pemodel komputer, untuk mengenal pasti ancaman dan meningkatkan penyelarasan antarabangsa.
Beliau juga menyeru pasukan tindak balas wabak global, yang diuruskan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia, untuk membuat pelaburan tambahan dalam menangani situasi itu lebih awal.
"Nampak janggal bagi saya di mana kita gagal melihat tragedi ini dan tidak, bagi pihak rakyat dunia, berbuat sesuatu," kata jutawan itu.
Gates telah beberapa kali memberi amaran tentang pandemik sejak beberapa tahun kebelakangan.
Semasa TED Talk pada 2015, Gates bercakap tentang ancaman super-virus.
Bill Gates juga telah menulis sebuah buku berjudul "Cara Mencegah Pandemik Seterusnya" di mana dia bercakap tentang apa yang dunia pelajari daripada wabak itu dan cara mencegahnya.
Astro Awani
Tue May 03 2022

GATES: Kita belum melihat situasi paling dahsyat. -Gambar fail/Reuters

Ibu bapa, guru perlu main peranan basmi masalah sosial - Permaisuri Agong
Seri Paduka bertitah isu disiplin dan penggunaan media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram dalam kalangan kanak-kanak dan remaja juga harus diberi perhatian.

Padah sogok polis RM100, buruh warga Bangladesh ditahan
Lelaki itu menyogok wang kepada anggota polis sebagai balasan agar tidak mengambil tindakan terhadapnya yang memandu kereta tanpa lesen.

PDRM siap siaga gerakkan anggota tambahan hadapi banjir - Acryl Sani
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa bersiap siaga bagi mengerakkan dan menambah pegawai termasuk anggota polis dari Bukit Aman bagi berhadapan bencana banjir terutamanya, di Johor dan Sabah.

Pemilihan UMNO tetap dilaksana walau ada bahagian digantung - Ahmad Maslan
Pemilihan UMNO yang bermula Rabu ini akan tetap diadakan di 22,000 cawangan dan 191 bahagian meskipun terdapat dua bahagian parti digantung.

Majlis Walimatul Urus Perdana MAIWP rai 100 pasangan pengantin
Seramai 100 pasangan pengantin diraikan dalam Majlis Walimatul Urus Perdana di Dataran Merdeka, pada Ahad.

Stephen Jimbangan sahkan sudah hantar surat letak jawatan sebagai Presiden Gagasan Rakyat
Stephen Jimbangan mengesahkan sudah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) bagi memberi laluan kepada kepimpinan baharu.

AWANI Ringkas: Pemimpin dapat kuasa, jangan susahkan rakyat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

MetMalaysia | Hujan lebat berterusan tahap bahaya di Pahang dan Johor
Hujan lebat berterusan tahap bahaya dijangka melanda Rompin di Pahang serta Mersing dan Kota Tinggi di Johor sehingga esok. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi amaran yang dikeluarkan pada jam 1 tengah hari tadi memaklumkan, hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka melanda Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh di Kelantan serta seluruh kawasan di Terengganu.

Palestin | Penduduk Al-Ahmar dihalau, rumah dirobohkan
Rakyat Palestin di halau keluar daripada kediaman mereka di Khan al-Ahmar. Penduduk hanya mampu melihat, pihak rejim Israel memusnahkan rumah, mengeluarkan arahan berpindah dan mengembangkan kawasan penempatan haram Israel.

Serangan Dron | Letupan di kilang pertahanan Iran
Kilang pertahanan Iran meletup akibat serang dron pada awal pagi Ahad. Kementerian Pertahanan Iran melaporkan berlaku kerosakan pada bumbung fasiliti berkenaan dan tiga dron telah ditembak jatuh.

Yayasan Bill & Melinda Gates umum geran AS$1.4 bilion kepada petani di Afrika
Dana itu akan menaja industri pertanian hijau inovatif Afrika dalam tempoh empat tahun akan datang.

Gates syor cipta benih ajaib tangani isu perubahan iklim
Apa yang diperlukan katanya, adalah inovasi dalam teknologi pertanian yang boleh membantu memulihkan krisis tersebut.

MBKM, agensi berkaitan perlu lebih giat majukan industri penerbitan buku - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mahu budaya membaca dalam kalangan rakyat di negara ini dipupuk secara berterusan.

Amaran Bill Gates tentang wabak, serangan cacar jadi kenyataan
Gates menyarankan pemerintah melabur puluhan bilion dolar untuk R&D yang didakwa bakal menelan kos yang tinggi.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 9 Mei 2022.

COVID-19: Bill Gates nafi suntikan vaksin boleh jejak manusia
Gates sentiasa menafikannya tetapi penafian yang dilakukan itu belum cukup untuk memadamkan teori tersebut.

COVID-19: Pandemik terburuk, lebih dahsyat mungkin melanda dunia - Bill Gates
Gates beri amaran kemungkinan terdapat varian "lebih mudah tersebar dan lebih berbahaya" berbanding varian Delta dan Omicron."

Bebas karbon: Negara kaya perlu main peranan - Bill Gates
Negara-negara kaya perlu memainkan peranan masing-masing dalam menjayakan penghasilan produk teknologi hijau di peringkat global.

COP26: Bill Gates setuju kerjasama dengan Suruhanjaya EU, keluar dana AS$1 bilion
Bill Gates komited untuk menggerakkan dana sehingga AS$1 bilion antara tempoh 2022 hingga 2026 untuk merancakkan teknologi inovatif.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.