Sebuah kampung di pulau Jawa terpaksa 'menggunakan' pocong untuk menakutkan penduduk, dengan harapan ia membantu mengelakkan orang ramai daripada terus keluar rumah.
Namun pada peringkat awal, ia tidak memberi kesan seperti yang diharapkan, kerana watak 'pocong' itu berada di satu-satu tempat terlalu lama.
Itu membuatkan orang ramai berpusu-pusu keluar rumah untuk melihat sendiri kelibat 'pocong' yang berkeliaran.
Pihak berkuasa kemudiannya terpaksa mengubah taktik.
Beberapa sukarelawan yang diambil untuk memainkan watak sebagai pocong kini diarahkan muncul pada waktu-waktu tertentu sahaja, sekali gus memberi elemen kejutan dan seram.
Taktik itu membuatkan penduduk yang keluar rumah berkemungkinan terserempak dengan watak 'pocong' itu di sesebuah lokasi tanpa mereka jangka.
Tinjauan Reuters mendapati taktik itu sedikit berkesan, apabila ramai yang mula takut untuk keluar rumah, terutama sekali apabila hari mulai gelap.
"Kami mahu mengambil pendekatan berbeza dan memberi impak kerana kehadiran pocong akan menakutkan mereka," kata Anjar Pancaningtyas, ketua kumpulan belia Kampung Kepuh, Jawa Tengah.
Kumpulan itu bekerjasama dengan pihak polis untuk mengambil inisiatif yang tidak konvensional bagi mengelakkan penyebaran wabak COVID-19.
Ketika berita ini ditulis, Indonesia mencatat 4,241 kes COVID-19 disahkan dengan 399 kematian.
Penyelidik di Universiti Indonesia menganggarkan jumlah kes dan kematian akan meningkat secara mendadak pada bulan Mei jika rakyat masih terus keluar rumah dan tidak mengamalkan penjarakan sosial.
Agensi
Mon Apr 13 2020

Pada awal pelaksanaan, taktik itu gagal menakutkan penduduk, malah ramai yang keluar untuk melihat sendiri kelibat 'pocong' di sesebuah lokasi. - Reuters

Syahrini terima penghargaan UNESCO di Cannes 2025
Syahrini menyampaikan mesej inspirasi kepada wanita seluruh dunia agar percaya pada impian, menghargai suara sendiri, dan terus bangkit.

Pemilihan PKR: Rodziah jemput Fadhlina untuk berdebat
Calon Timbalan Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rodziah Ismail mempelawa Menteri Pendidikan Fadhlina sidek untuk berdebat mengenai masa depan wanita.

Raja Perlis tegur segelintir penjawat awam di Perlis penting diri
Raja Perlis Tuanku menegur cara kerja segelintir penjawat awam yang berkhidmat di negeri itu apabila didapati mementingkan diri berbanding kepentingan rakyat.
AWANI Ringkas: RM800 juta kerugian penipuan pelaburan tidak wujud
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Air Selangor tempa nama di persada antarabangsa
Penganugerahan ini menyuntik semangat untuk terus memacu inovasi serta menetapkan piawaian baharu industri.
Pelajar tahfiz cemerlang akan terima tajaan biasiswa penuh di dua universiti
Semua pelajar tahfiz yang cemerlang dengan keputusan sekurang-kurangnya 10A ke atas pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPRM) akan menerima tajaan biasiswa penuh di dua universiti tempatan.
1,500 kanak-kanak sertai Program Haji Kids Peringkat Negeri Melaka 2025
Bagi meraikan kedatangan musim haji tidak lama lagi, Warnakala Studios mengambil inisiatif menganjurkan program Haji Kids ke Baitullah, simulasi haji untuk kanak-kanak peringkat negeri Melaka 2025.

25 penerima darjah, pingat kebesaran sempena Ulang Tahun Keputeraan Raja Perlis ke-82
Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan mengurniakan darjah dan pingat kebesaran kepada 25 penerima sempena sambutan ulang tahun keputeraan baginda ke-82.
Saifuddin Nasution nafi wujud politik wang
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menafikan dakwaan berlaku politik wang dalam PKR.

PM Anwar ucap tahniah sempena Hari Keputeraan Raja Perlis ke-82
Anwar mendoakan kesejahteraan dan keafiatan berpanjangan buat Tuanku serta seluruh Kerabat Diraja.

Kes COVID-19 terkawal, KKM terus pantau rapi
Sejumlah 11,727 kes direkodkan dari ME1 hingga ME19 tahun ini, dengan trend penurunan berterusan sejak awal tahun.

Gaji graduan: Calon temuduga perlu buktikan nilai diri, jangan tuding pihak lain - Belia
Calon temu duga perlu membuktikan nilai yang boleh ditawarkan kepada bakal majikan, dalam rundingan mengenai gaji.

Trump kritik Tim Cook kerana tingkatkan pengeluaran Apple di India
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump meningkatkan tekanan terhadap Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook, supaya memindahkan lebih banyak pengeluaran ke AS.

Vietnam gesa orang ramai terus berwaspada terhadap COVID-19
Kementerian Kesihatan Vietnam menasihatkan orang ramai supaya terus berwaspada terhadap COVID-19 susulan sedikit peningkatan kes dalam tempoh tiga minggu lepas.

Malaysia catat kemajuan dalam kebajikan dan hak pekerja - Sim
Malaysia mencatat kemajuan ketara dalam memperkukuh kebajikan dan hak pekerja sepanjang tahun lepas.

Singapura pantau lonjakan kes COVID-19
Pihak berkuasa kesihatan Singapura kini memantau peningkatan jangkitan COVID-19 di republik itu susulan lonjakan melebihi 3,000 kes dalam minggu terkini.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

31 daripada 34 projek sakit PR1MA berjaya disiapkan setakat April - Nga
Sebanyak 31 daripada 34 projek sakit Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) di seluruh negara berjaya disiapkan merangkumi 20,470 unit kediaman setakat April lepas.

Terlalu takutkan jangkitan COVID-19, ibu bapa kurung anak lebih tiga tahun
Kes mengejutkan itu terbongkar hasil tindakan seorang jiran prihatin yang memerhati rumah berkenaan sejak pandemik COVID-19.

Masyarakat perlu bersaing dengan kepesatan teknologi - Menteri Sarawak
Masyarakat disaran supaya sentiasa menyaingi teknologi kecerdasan buatan (AI) yang berkembang pesat bagi mengelakkan mereka daripada risiko ancaman siber.