awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Rakyat AS digesa ambil dos penggalak kekang penularan Omicron

Astro Awani
Astro Awani
16/12/2021
00:45 MYT
COVID-19: Rakyat AS digesa ambil dos penggalak kekang penularan Omicron
Dr Anthony Fauci (gambar) berkata, ketika ini dos penggalak adalah pertahanan terbaik dalam menangani peningkatan kes varian Omicron. -Gambar fail
WASHINGTON: Pihak berkuasa kesihatan Amerika Syarikat (AS) menggesa rakyat negara itu untuk mendapatkan dos penggalak vaksin COVID-19.
Pengarah Institut Alergi dan Penyakit Berjangkit, Dr Anthony Fauci berkata, ketika ini dos penggalak adalah pertahanan terbaik dalam menangani peningkatan kes varian Omicron.
"Varian Omicron sudah pasti menjejaskan kesan antibodi daripada dua dos vaksin mRNA dan mengurangkan perlindungan keseluruhan.
"Walau bagaimanapun, perlindungan yang cukup besar masih ada terhadap jangkitan yang teruk.
"Kajian awal in-vitro dan klinikal yang saya nyatakan menunjukkan bahawa dos penggalak menyusun semula titer antibodi dan meningkatkan perlindungan vaksin terhadap Omicron.
"Dan akhirnya, rejimen vaksin penggalak berfungsi melawan Omicron," kata Dr Fauci.
Sementara itu, Pengarah Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), Dr Rochelle Walensky berkata varian Omicron merangkumi kira-kira 3 peratus daripada kes COVID-19 di AS.
Varian Delta masih merekodkan kes tertinggi pandemik di negara itu.
Selasa lalu, AS mencatatkan 800,000 korban akibat koronavirus.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Anthony Fauci
#Omicron
#dos penggalak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan