awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Rakyat UK diminta sedia hadapi kesukaran ke luar negara

Astro Awani
Astro Awani
21/06/2021
23:35 MYT
COVID-19: Rakyat UK diminta sedia hadapi kesukaran ke luar negara
Kata Johnson, pihaknya bimbang berkaitan keselamatan negara dan usaha harus dilakukan untuk menghentikan virus itu daripada memasuki UK semula. - Gambar fail REUTERS
RAKYAT United Kingdom (UK) bakal berdepan cabaran dan kerumitan jika merancang untuk mengembara ke luar negara tahun ini.
Perkara itu dinyatakan Perdana Menteri Britain Boris Johnson, yang mencerminkan keutamaan beliau ialah melindungi negara daripada penularan COVID-19.
"Saya ingin tekankan, apa pun terjadi, tahun ini tahun yang sukar untuk mengembara ke luar negara. Akan ada kesulitan, akan ada kelewatan.
"Kerana, keutamaannya ialah menjaga keselamatan negara dan menghalang virus itu daripada datang semula," katanya di London pada Isnin.
Dalam perkembangan sama, Johnson menyatakan kerajaan sedang mengkaji untuk melonggarkan peraturan bagi mereka yang telah lengkap dua dos suntikan vaksin COVID-19.
Bagaimanapun, katanya, keutamaan tetap akan diberikan kepada usaha melindungi negara daripada pandemik tersebut.
UK pada Isnin merekodkan 10,633 kes jangkitan baharu COVID-19, mengalami peningkatan berbanding 9,284 pada hari sebelumnya, akibat varian Delta yang pertama kali dikesan di India.
Lima orang lagi meninggal pada Isnin (dalam masa 28 hari setelah diuji positif), berbanding enam pada Ahad.
Seramai 81.9 peratus orang dewasa telah mendapat suntikan dos pertama vaksin, manakala 59.7 peratus kedua-dua dos.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#luar negara
#Boris Johnson
#keselamatan
#vaksin
#pandemik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan