awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita cedera dihempap pokok tumbang di Kampung Pantai Sepat
Kronologi kes 1MDB dihadapi Najib
Jambatan baharu dirasmikan perkukuh hubungan perdagangan Laos-Thailand-Vietnam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Ratusan lagi penerbangan AS dibatalkan akibat Omicron

Astro Awani
Astro Awani
27/12/2021
02:29 MYT
COVID-19: Ratusan lagi penerbangan AS dibatalkan akibat Omicron
Pengembara beratur di kios daftar masuk United American Airlines di terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Denver, 26 Dis 2021. (Foto AP)
UNITED, Delta dan beberapa syarikat penerbangan Amerika Syarikat (AS) lain bertindak membatalkan lebih 950 penerbangan pada Hari Krismas.
Setakat Ahad, sejumlah 656 penerbangan komersial keluar dan masuk AS dibatalkan, dengan lebih banyak pembatalan dijangka berlaku susulan 920 penerbangan tertunda.
Langkah diambil selepas terdahulu, lebih 600 penerbangan dibatalkan pada 24 Dis, susulan lonjakan kes COVID-19 melibatkan varian Omicron yang memberi kesan kepada kakitangan mereka.
Pembatalan dibuat ketika Pentadbiran Keselamatan Pengangkutan berkata, jumlah orang yang melakukan perjalanan percutian kini kembali ke tahap sebelum pandemik.
"Peningkatan kes Omicron di seluruh negara minggu ini memberi kesan langsung kepada kru penerbangan kami dan mereka yang menjalankan operasi penerbangan.
"Akibatnya, kami terpaksa membatalkan beberapa penerbangan dan memaklumkan pelanggan yang terjejas sebelum mereka datang ke lapangan terbang," menurut jurucakap United Airlines dalam satu kenyataan.
Data penjejakan penerbangan FlightAware menunjukkan 951 penerbangan domestik, ke dan dari AS dibatalkan setakat petang Sabtu.
Delta menyenaraikan 309 pembatalan penerbangan, United 240, Jet Blue 123 dan American Airlines 92.
Di seluruh dunia, lebih 2,600 penerbangan dilaporkan dibatalkan pada Sabtu.
Varian Omicron kali pertama dikesan pada November. Ia kini menyumbang satu per tiga daripada kes jangkitan COVID-19 di AS.
Topic Berkaitan
#penerbangan dibatalkan
#varian omicron
#Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan