SINGAPURA: Singapura akan memulakan vaksinasi COVID-19 untuk kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun sebelum akhir tahun ini.

Perkara itu disahkan Kementerian Kesihatan Singapura lewat Jumaat.

Negara kota Asia Tenggara itu telah memberi vaksin kepada 87 peratus daripada 5.5 juta penduduknya.

Pihak berkuasa mempercepatkan pemberian vaksin kepada kanak-kanak susulan kebimbangan mengenai peningkatan kes COVID-19 dalam kalangan kumpulan itu.

Dos yang digunakan untuk kanak-kanak adalah satu pertiga daripada dos yang digunakan pada orang dewasa, sama seperti di Amerika Syarikat.

Tambah Kementerian Kesihatan, pada masa ini, hanya vaksin Pfizer-BioNTech diluluskan untuk kegunaan kanak-kanak di Singapura.

Singapura juga telah menandatangani perjanjian pembekalan baharu dengan Pfizer-BioNTech untuk vaksin COVID-19.