awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salji sebabkan kesesakan lalu lintas di Paris, utara Perancis
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Gajah mengamuk bunuh enam orang di timur India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Singapura catat 52 kes baharu pada Jumaat, empat babitkan rakyat Malaysia

Bernama
Bernama
15/05/2021
07:33 MYT
COVID-19: Singapura catat 52 kes baharu pada Jumaat, empat babitkan rakyat Malaysia
Semua kes itu berkaitan dengan kluster Kes 62873, seorang pekerja pencuci di Lapangan Terbang Changi, yang disahkan dijangkiti virus itu pada 5 Mei. - Reuters
SINGAPURA: Sebanyak 52 kes baharu COVID-19 yang dilaporkan di Singapura pada Jumaat turut membabitkan empat rakyat Malaysia, menurut Kementerian Kesihatan (KKM).
Menurut KKM, semua kes itu berkaitan dengan kluster Kes 62873, seorang pekerja pencuci di Terminal 3 Lapangan Terbang Changi, berusia 88 tahun, disahkan dijangkiti virus itu pada 5 Mei.
Satu daripada rakyat Malaysia yang mempunyai kaitan dengan kluster itu menerima dos pertama vaksin COVID-19 pada 10 Mei, kata kementerian lewat malam tadi.
"Dia tidak bergejala dan dikesan ketika menjalani ujian saringan pada 12 Mei semasa kuarantin. Pada 13 Mei hasil ujiannya sekali lagi positif. Keputusan ujian serologinya masih belum keluar," kata KKM.
Kluster kes 62873 ialah yang terbesar di antara 12 kluster dengan 59 kes setakat ini.
Tengah hari semalam, Singapura melaporkan 24 kes tempatan dan 28 import.
Singapura yang mencatatkan keseluruhan kes sebanyak 61,505 akan memperketat langkah-langkah pengurusan keselamatan dalam masyarakat mulai 16 Mei.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Singapura
#COVID-19
#kes baharu
#kes positif
#Kementerian Kesihatan
#kluster kes
#lapangan terbang
#changi
#rakyat alaysia
#jangkitan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan