awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa tumbuk pekerja OKU restoran makanan segera
[KOLUMNIS] CTP: Model pembangunan komuniti berasaskan data sebenar
Terbuka Malaysia 2026: Pearly-Thinaah tersingkir, gagal ulangan pencapaian Sukan SEA 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Singapura catat kematian ke-26

Bernama
Bernama
13/06/2020
15:51 MYT
COVID-19: Singapura catat kematian ke-26
Singapura melaporkan dua kematian pertama COVID-19 pada 21 Mac.
Singapura yang merekodkan 347 kes baharu COVID-19 hari ini, mencatatkan satu lagi kes kematian menjadikan jumlah korban keseluruhan kepada 26.
Kementerian Kesihatan (MOH) republik itu dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini berkata kematian hari ini melibatkan seorang lelaki rakyat Singapura berusia 73 tahun yang meninggal dunia di Pusat Kebangsaan Penyakit Berjangkit pada 12 Jun.
Dikenali sebagai Kes 161, mangsa disahkan dijangkiti COVID-19 pada 9 Mac.
Menurut kementerian itu, mangsa memiliki sejarah penyakit darah tinggi dan buah pinggang yang kronik selain menghidapi "hyperlipidemia".
Singapura melaporkan dua kematian pertama COVID-19 pada 21 Mac.
BACA: COVID-19: Jumlah kes di Singapura melepasi 40,000 dengan 347 kes baharu
Setakat 12 tengah hari ini, 768 lagi kes COVID-19 didiscaj daripada hospital atau kemudahan isolasi komuniti, menjadikan 28,808 atau 72 peratus daripada 40,197 jumlah keseluruhan kes hari ini sudah pulih sepenuhnya.
Terdapat 228 kes yang disahkan pada masa ini dan masih berada di hospital dengan seorang pesakit dalam keadaan kritikal di unit rawatan rapi.
Kementerian itu berkata 11,135 yang bergejala ringan atau sihat dari segi klinikal tetapi disahkan positif COVID-19, diasingkan dan dijaga di fasiliti komuniti.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Kementerian Kesihatan SIngapura
#kes kematian
#MOH
#Pusat Kebangsaan Penyakit Berjangkit
#rakyat singapura
#Singapura
#yperlipidemia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan