awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sarawak perkukuh peranan sebagai hab tenaga hijau melalui Projek Penyambungan Grid Kuasa
Perak rancang pertingkat sumber makanan semula jadi harimau belang untuk elak ancaman
Kajian insentif, ganjaran untuk Angkatan Sukarela ATM bakal dilaksana
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Sinovac, Kemboja tandatangan MoU pembotolan vaksin

Bernama
Bernama
02/06/2022
07:52 MYT
COVID-19: Sinovac, Kemboja tandatangan MoU pembotolan vaksin
China dan Kemboja berganding bahu dan saling membantu, satu contoh kerjasama baik di peringkat antarabangsa untuk menangkis wabak. - Gambar fail
BEIJING: Sinovac Biotech dan syarikat perkilangan ubat-ubatan Kemboja menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Kerjasama Pembotolan Vaksin COVID-19 serta Perjanjian Pembelian dan Pembekalan Vaksin COVID-19 pada Rabu.
Majlis yang diadakan secara maya itu turut diserikan dengan kehadiran Duta China ke Kemboja, Wang Wentian dan Menteri Kesihatan Kemboja, Mam Bunheng.
Wang dalam ucapannya berkata sejak penularan wabak, China dan Kemboja berganding bahu dan saling membantu, satu contoh kerjasama baik di peringkat antarabangsa untuk menangkis wabak.
Pada Mac, pemimpin kedua-dua negara merancang pelan baharu untuk mendorong pembentukan komuniti berkongsi nasib yang strategik, sekali gus mencerminkan hala tuju perkembangan bilateral.
"MoU dan perjanjian yang ditandatangani kali ini akan menyediakan asas yang kukuh bagi pembinaan kilang pembotolan dalam kerjasama selanjutnya.
"Perusahaan kedua-dua pihak diharap mengintensifkan kerjasama, mempercepat penyiapan produk, dan secepat mungkin memastikan kilang terbabit dapat memberikan manfaat kepada rakyat Kemboja, di samping menyumbang kepada pembentukan komuniti berkongsi nasib yang lebih signifikan," kata Wang.
Sementera itu, Bunheng pula mengucapkan tahniah dan menyambut baik kesepakatan berkenaan.
Jelas beliau, Kemboja mampu membotolkan vaksin dengan rujukan China dan senarai penggunaan kecemasan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), untuk memenuhi permintaan rakyat dan warga asing di Kemboja.
Bunheng berkata Kemboja akan membeli vaksin keluaran kilang berkenaan untuk kegunaan domestik dalam tempoh tiga tahun lagi.
Beliau turut menyifatkan usahasama syarikat Kemboja dengan Sinovac Biotech itu mampu memastikan kelestarian produk berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Kerjasama Pembotolan Vaksin COVID-19
#Wang Wentian
#Mam Bunheng
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan