awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Kit ujian kehamilan disimpan sebagai kenangan? Amalan nampak manis tapi sebenarnya berisiko
Fasa pertama pilihan raya umum Myanmar selesai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Sistem sekatan tiga peringkat diperkenal di England, termasuk larangan dalam rumah sendiri

Agensi
Agensi
12/10/2020
15:04 MYT
COVID-19: Sistem sekatan tiga peringkat diperkenal di England, termasuk larangan dalam rumah sendiri
Sistem yang akan merujuk kepada jumlah kes tempatan yang direkodkan di setiap daerah membabitkan peringkat Sederhana, Tinggi dan Sangat Tinggi. Foto: AP
PERDANA Menteri Britain, Boris Johson mengesahkan pelaksanaan sistem tiga peringkat bagi perintah berkurung berikutan COVID-19 di England.
Sistem yang akan merujuk kepada jumlah kes tempatan yang direkodkan di setiap daerah membabitkan peringkat Sederhana, Tinggi dan Paling Tinggi.
Sekatan berperingkat itu adalah antara usaha bagi memastikan penularan COVID-19 di seluruh negara dapat dibendung.
Bagi peringkat Sederhana, ia akan meliputi beberapa daerah di England dan dikuatkuasakan bersama sekatan terdahulu seperti penutupan bar, restoran dan pub pada jam 10 malam.
Bagi peringkat Tinggi, orang ramai perlu mengehadkan interaksi sesama sendiri walaupun dalam satu rumah.
Kawasan di daerah Greater Manchester dan Birmingham akan melalui sekatan peringkat Tinggi ini.
Sementara itu, bagi peringkat Paling Tinggi, orang ramai tidak dibenarkan berinteraksi sama sekali dengan penduduk di dalam rumah yang sama mahupun kawasan kejiranan.
Pusat hiburan, kasino, bar dan pub juga ditutup, namun restoran dibenarkan beroperasi.
Bagaimanapun, kedai kecil, sekolah dan universiti pula dibenarkan untuk terus beroperasi.
Untuk rekod, sehingga kini negara itu merekodkan jumlah kumulatif kes positif sebanyak 603,716 kes dengan 42,825 kematian.
Topic Berkaitan
#United Kingdom
#Perdana Menteri
#England
#Britain
#COVID-19
#Boris Johnson
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan