SINGAPURA: Berlaku peningkatan 23 peratus minggu ke minggu dalam jangkitan komuniti COVID-19 di Singapura, sebahagian besarnya didorong oleh peningkatan penyebaran subvarian Omicron BA.4 dan BA.5 yang baharu, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) republik itu.
"Walaupun subvarian BA.2 masih menyumbang kepada sebahagian besar jangkitan COVID-19 kami, perkadaran jangkitan BA.4 dan BA.5 kian meningkat," kata kementerian itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, pada Selasa.
MOH berkata kira-kira 30 peratus daripada kes COVID-19 dalam komuniti minggu lalu adalah kes dengan subvarian BA.4 dan BA.5, berbanding 17 peratus dan 3.0 peratus masing-masing untuk dua minggu sebelumnya.
"BA.5 sahaja dianggarkan menyumbang kepada 25 peratus daripada semua kes minggu ini. Lonjakan dalam kes BA.4 dan BA.5 berkemungkinan berterusan, didorong oleh kebolehjangkitan yang lebih tinggi berbanding BA.2," tambahnya.
Berdasarkan bukti semasa di peringkat antarabangsa dan tempatan, MOH menunjukkan bahawa tahap sejauh mana teruk jangkitan BA.4 dan BA.5 adalah serupa dengan strain Omicron terdahulu.
"Langkah Pengurusan Selamat (SMM) semasa, termasuk keperluan untuk memakai pelitup muka semasa berada di ruang tertutup dan SMM Berbeza Vaksinasi untuk beberapa aktiviti berisiko tinggi, akan kekal," kata kenyataan itu.
MOH berkata ia akan meneruskan pemantauan genomik untuk subvarian yang beredar di Singapura, termasuk memerlukan beberapa individu yang dijangkiti melakuka ujian swab tindak balas rantai polimerase tambahan yang dibiayai kerajaan untuk penjujukan genomik.
"Walaupun kami tidak melihat peningkatan ketara kes COVID-19 yang teruk di hospital kami, dan jumlah kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) kekal rendah, hospital awam kami tetap sibuk merawat pesakit bukan COVID, dan banyak hospital mengalami kekurangan katil yang tinggi," menurut kenyataan itu.
Kementerian mengingatkan bahawa vaksinasi dan penggalak merupakan benteng pertahanan penting.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 21 2022
Kementerian Kesihatan Singapura mengingatkan bahawa vaksinasi dan penggalak merupakan benteng pertahanan penting. - Foto fail
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Penyerang Kamal Adli dijatuhkan hukuman lebih 2 tahun oleh mahkamah Singapura
Lelaki yang menyerang pelakon Malaysia, Kamal Adli menggunakan belantan tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Lawrence Wong ikrar berikan segalanya untuk Singapura
Lawrence Wong berikrar memberikan segalanya untuk berkhidmat kepada negara ini dan rakyatnya apabila beliau secara rasmi akan melaksanakan tugas sebagai Perdana Menteri Keempat pada 15 Mei ini.
Bapa hilang ditemukan di Singapura 4 tahun lepas meninggal dunia di Kelantan
Ali Jais meninggal dunia di Hospital Pasir Puteh, Kelantan, kira-kira jam 4 petang Isnin.
Bidaan projek pembelian bekalan elektrik hijau ke Singapura dibuka
PETRA memaklumkan proses bidaan itu dilaksanakan menerusi platform Energy Exchange Malaysia (ENEGEM).
Singapura zahirkan kebimbangan terhadap pergolakan di Asia Barat
MFA menasihatkan rakyat Singapura untuk menangguhkan semua perjalanan ke Iran berikutan keadaan keselamatan terkini.
Singapura tolak anjur Sukan Komanwel 2026
Singapura memutuskan kata akhir untuk tidak membuat sebarang bidaan dalam menganjurkan temasya Sukan Komanwel 2026.
Joseph Schooling bersara dari sukan renang
Schooling mengucapkan terima kasih kepada keluarga, jurulatih, rakan sepasukan dan penyokongnya atas dorongan mereka sepanjang kariernya.
Yusri belum nampak skuad 'bayangan' Perak FC
Pengendali Perak FC Yusri Che Lah mengakui masih mencari 'ramuan' terbaik dalam membentuk pasukannya sebelum sepak mula musim baharu Liga Malaysia (Liga-M) bagi 2024/2025 pada Mei ini.
Pihak berkuasa pelabuhan Singapura beri kerjasama dalam siasatan jambatan runtuh di AS
Ia juga akan menyiasat insiden melibatkan Dali, sebuah kapal kontena dikendalikan 22 kru semasa kejadian kira-kira 1.30 tengah hari Selasa.