Sebuah syarikat pemborong dalam talian Jerman, Boettcher menawarkan bonus sebanyak 5,000 euro kepada mana-mana 550 pekerjanya yang boleh menunjukkan rekod vaksinasi lengkap menjelang akhir tahun.
Ahli lembaga pengarahnya, Danilo Frasiak berkata, syarikat itu berharap insentif kewangan akan menghasilkan perlindungan yang lebih besar terhadap COVID-19 buat pekerjanya.
Tawaran dibuat terutama semasa Krismas yang menjadi musim dan waktu yang paling sibuk bagi syarikat tersebut.
"Semua pekerja yang tunjukkan bukti vaksinasi lengkap pada awal tahun depan akan mendapat bonus 5,000 euro (kira-kira RM23,780).
"Walaupun mereka baru divaksinasi hari ini, mereka juga akan menerima 5,000 euro, dan mereka yang akan mendapat vaksin nanti juga akan mendapat bonus 5,000 euro," kata Frasiak.
Syarikat yang menjual barangan pejabat itu berkata walaupun vaksinasi kekal sebagai keputusan peribadi setiap individu, namun pihaknya mahu pekerja memikirkan perkara itu secara mendalam.
Boettcher yang berpangkalan di Thuringia merupakan salah sebuah negeri yang mencatatkan angka jangkitan tertinggi di Jerman.
Astro Awani
Sun Nov 14 2021
Boettcher menawarkan bonus sebanyak 5,000 euro kepada mana-mana 550 pekerjanya yang boleh menunjukkan rekod vaksinasi lengkap menjelang akhir tahun. -Gambar hiasan/AP
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
COVID-19: Syarikat tawar bonus 5,000 euro kepada pekerja lengkap vaksinasi
Syarikat itu berharap insentif kewangan akan menghasilkan perlindungan yang lebih besar terhadap COVID-19 buat pekerjanya.