TEMPOH kuarantin akibat COVID-19 di United Kingdom yang dipendekkan daripada tujuh hari kepada lima hari dapat membantu meringankan beban terhadap pekerja di beberapa sektor utama.
Menurut Setiausaha Pendidikan UK Nadhim Zahawi, kerajaan mengambil keputusan tersebut berdasarkan kajian saintifik.
Ketika ini, mereka yang disahkan dijangkiti COVID-19 di negara itu hanya perlu menjalani tempoh tujuh hari kuarantin sekiranya mereka disahkan negatif pada hari keenam dan ketujuh.
"Saya pastinya akan berpegang kepada nasihat saintifik terhadap perkara ini.
"Ia akan banyak membantu proses mitigasi terhadap tekanan di sekolah, beberapa sektor kritikal dan lain-lain. Ia pastinya dilakukan berdasarkan nasihat daripada pakar," katanya.
Malah ada beberapa pihak menggesa agar tempoh kuarantin dipendekkan lagi, namun menurut Zahawi, pihak berkuasa kesihatan akan terus mengkaji perkara tersebut.
Di London pada Jumaat, 200 anggota tentera termasuk 40 paramedik digerakkan ke hospital bagi membantu beban petugas kesihatan susulan kekurangan tenaga kerja akibat dijangkiti COVID-19.
Untuk rekod, sejumlah 39,142 petugas Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) dijangkiti COVID-19 setakat 2 Jan lepas dan menunjukkan peningkatan sehingga 59 peratus berbanding minggu sebelumnya.
Astro Awani
Mon Jan 10 2022

Barisan ambulans anggota paramedik kelihatan di luar Hospital Royal London di kawasan Whitechapel, timur London, 6 Jan 2022. (Foto AP)

Keputusan kes Peter Anthony palsukan dokumen diketahui esok
Hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi dijangka membacakan keputusan di akhir kes pembelaan pada 9 pagi.

Jurulatih wushu ditahan disyaki cabul dua pelajar bawah umur
Polis menahan seorang jurulatih wushu kerana dipercayai melakukan amang seksual terhadap dua kanak-kanak perempuan, Isnin lepas.

Harga RON97 naik 37 sen kepada RM4.70, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 naik 37 sen seliter iaitu daripada RM4.33 kepada RM4.70 seliter manakala harga RON95 dan diesel kekal bagi tempoh 12 Mei 2022 hingga 18 Mei 2022.

Haji | TH beri butiran penerbangan kepada bakal jemaah haji minggu depan
Jemaah haji akan menerima butiran penerbangan dan lapor diri di stesen berlepas daripada Lembaga Tabung Haji (TH) secara berperingkat mulai minggu depan.

Pemilihan PKR: Undi semula di 13 cabang Jumaat dan Sabtu ini
PKR menetapkan proses pengundian semula melibatkan 13 cabang di lima negeri akan dilaksanakan pada Jumaat dan Sabtu ini.

Cabul Atlet | Polis terima empat laporan berkaitan jurulatih wushu
Polis menerima empat laporan kes cabul kanak-kanak membabitkan seorang jurulatih wushu yang ditahan selepas disyaki melakukan amang seksual ke atas atlet kendaliannya. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Habibi Majinji berkata, polis menerima dua laporan masing-masing di Kuala Lumpur dan Selangor.

Kes lucut hak: Rosmah, Global Royalty tuntut rantai tangan berlian, Najib 7 utas jam tangan
Sebelum ini, pasukan peguam Rosmah memohon gambar barang kemas yang dirampas untuk memudahkan tuntutannya.

Sindiket latih golongan pencari kerja jadi scammer dikesan di Johor
Polis Johor kesan aktiviti itu hasil laporan yang dibuat mangsa yang hadir pada sesi temuduga dikendalikan sindiket berkenaan.

Malaysia tubuhkan C4IR, bakal dilancar separuh kedua 2022
Ia adalah untuk menyokong pencapaian wawasan menyeluruh Malaysia di bawah Dasar 4IR yang dilancarkan pada 2021 dan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia.

Mahkamah | Wang dalam akaun saya cukup bayar kad kredit – Ahmad Zahid
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa baki wang dalam akaun peribadinya lebih daripada mencukupi untuk membayar kad kredit miliknya tanpa menggunakan dana Yayasan Akalbudi (YAB). Ahmad Zahid, 69, berkata akibat kecuaian bekas Setiausaha Eksekutifnya, Mejar Mazlina Mazlan @ Ramly, wanita itu telah membayar kad kredit peribadinya menggunakan cek yayasan itu.

COVID-19: Tempoh kuarantin di UK kini lima hari
Menurut Setiausaha Pendidikan United Kingdom, Nadhim Zahawi, kerajaan mengambil keputusan tersebut berdasarkan kajian saintifik.

COVID-19: UK tiada rancangan perkenal pasport vaksin
Menteri Vaksin COVID-19 United Kingdom, Nadhim Zahawi menegaskan, negara itu tidak akan mempertimbang pasport vaksin.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

COVID-19: Lebih 130,000 rakyat UK divaksinasi pada minggu pertama
Dianggarkan program vaksinasi termasuk pembuatan, pembelian dan pengedaran vaksin itu menelan belanja sehingga 12 bilion Euro.