awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Permohonan UPUOnline bagi kemasukan ke IPTA, Mara BPT dibuka bermula 29 Jan
Cederakan wartawan Haresh Deol, penghantar barang didenda RM2,000
Kenaikan gaji SSPA fasa kedua: KSN nasihat penjawat awam berbelanja berhemah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Thailand catat 20,571 kes baharu, 261 kematian

Bernama
Bernama
21/08/2021
12:43 MYT
COVID-19: Thailand catat 20,571 kes baharu, 261 kematian
Kes kematian baharu di Thailand melibatkan 139 lelaki dan 122 wanita berusia antara 15 hingga 109 tahun. - Gambar fail/REUTERS
BANGKOK: Thailand melaporkan 20,571 kes baharu COVID-19 dan 261 kematian dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan setakat ini 1,030, 281 serta korban seramai 9,087.
Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) dalam satu kenyataan memaklumkan kes baharu itu termasuk 20,557 penularan tempatan dan 14 kes import.
Seramai 202,230 pesakit masih dirawat di hospital termasuk 5,171 dalam keadaan kritikal dan 1,123 memerlukan alat bantuan pernafasan.
Kes kematian baharu melibatkan 139 lelaki dan 122 wanita berusia antara 15 hingga 109 tahun termasuk enam warga Myanmar, dua Kemboja, masing-masing seorang warga Laos, China dan Belgium.
"Kira-kira 67 peratus kematian melibatkan mereka berusia 60 tahun atau lebih, 21 peratus yang ada masalah kesihatan dan 12 peratus tidak mempunyai sejarah penyakit," menurut kenyataan itu.
Bangkok kekal mendahului senarai dengan 4,342 kes baharu dan 88 kematian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bangkok
#Belgium
#COVID-19
#Thailand
#CCSA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan