awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia Airports perkukuh akses China ke KLIA, Tawau sokong Tahun Melawat Malaysia 2026
Sarawak sasar vaksin 45,567 anjing menerusi program di seluruh negeri
Kod Tatalaku Laut China Selatan bukan instrumen selesai pertindihan kawasan - Mohamad

Cederakan wartawan Haresh Deol, penghantar barang didenda RM2,000

Bernama
Bernama
22/01/2026
05:45 MYT
Cederakan wartawan Haresh Deol, penghantar barang didenda RM2,000
R. Krishna dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini. - Bernama
KUALA LUMPUR: Seorang penghantar barang didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah mencederakan wartawan sukan Haresh Deol yang juga Timbalan Presiden Kelab Akhbar Kebangsaan (NPC), November tahun lepas.
Majistret Aina Azahra Arifin menjatuhkan hukuman itu terhadap R. Krishnan, 37, dan memerintahkan lelaki itu menjalani hukuman penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut. Tertuduh membayar denda berkenaan.
Krishnan didakwa bersama-sama seorang lagi yang masih bebas melakukan kesalahan itu terhadap Haresh Singh Chain Singh, 44, di depan Bangunan Tanjung Balai Group, Jalan Telawi 3, Bangsar di sini pada 3.10 hingga 3.32 petang 25 Nov 2025.
Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Haresh yang juga pengasas bersama portal berita TwentyTwo13 menerusi hantaran di laman X memaklumkan telah diserang dua lelaki ketika menuju ke keretanya manakala seorang lagi merakam insiden itu menggunakan telefon bimbit.
Topic Berkaitan
#Haresh Deol
#serangan terhadap wartawan
#wartawan diserang
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.