Permohonan UPUOnline bagi kemasukan ke IPTA, Mara BPT dibuka bermula 29 Jan

Calon kelayakan boleh beli Nombor Pin UPUOnline di BSN sebelum membuat permohonan dengan harga RM10.60.
PUTRAJAYA: Permohonan kemasukan pelajar Sesi Akademik 2026/2027 ke program sijil, asasi, diploma dan Ijazah Sarjana Muda melalui UPUOnline dibuka mulai 29 Jan hingga 23 Mac 2026, bagi permohonan Fasa Pertama dan dari 13 April hingga 15 Mei 2026 untuk Fasa Kedua.
Ringkasan AI
- Permohonan kemasukan pelajar ke program pengajian tinggi dibuka menerusi UPUOnline mulai 29 Jan hingga 23 Mac 2026 untuk Fasa Pertama dan dari 13 April hingga 15 Mei 2026 untuk Fasa Kedua.
- KPT mengumumkan peluang kemasukan ke 20 Universiti Awam, 36 Politeknik, 106 Kolej Komuniti, dan dua institusi MARA Bahagian Pendidikan Tinggi, dengan 363 program untuk lepasan SPM dan 1,146 program untuk lepasan STPM atau setaraf.
- Calon kelayakan boleh beli Nombor Pin UPUOnline di BSN sebelum membuat permohonan dengan harga RM10.60, yang termasuk cas perkhidmatan, untuk menyambung pengajian di peringkat pendidikan tinggi.
"Semua calon yang berkelayakan dipelawa mengambil peluang ini bagi menyambung pengajian di peringkat pendidikan tinggi.
"Terdapat sebanyak 363 program pengajian ditawarkan kepada lepasan SPM dan 1,146 program pengajian ditawarkan kepada lepasan STPM atau setaraf oleh UA, Politeknik, KK dan MARA BPT seluruh negara," menurut kenyataan itu.
Kenyataan KPT itu memaklumkan pembelian Nombor Pin UPUOnline boleh dibuat melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) di 387 Kaunter Cawangan BSN, 843 mesin teler automatik (ATM) BSN dan Perbankan Internet myBSN mulai 28 Jan sebelum mengemukakan permohonan, dengan harga RM10.60 (termasuk cas perkhidmatan).
"BSN akan mengeluarkan Nombor Pin berserta salinan resit pembayaran. Pemohon diminta untuk memastikan slip pembayaran disimpan untuk rujukan sebagai bukti sah pembelian," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


