BANGKOK: Thailand kini dalam proses memperoleh lebih banyak vaksin COVID-19 setelah negara itu berdepan dengan gelombang ketiga penularan virus tersebut.
Timbalan jurucakap Kementerian Luar Natapanu Nopakun berkata pihak berkuasa merancang untuk memperoleh vaksin COVID-19 dari Amerika Syarikat dan Rusia setelah negara itu menyasar untuk menyuntik 50 peratus penduduknya pada akhir tahun ini.
"Kementerian Luar Thailand sedang dalam proses penyelarasan dengan pihak berkuasa Rusia dalam usaha mendapatkan Sputnik V," katanya pada taklimat COVID-19 di sini semalam.
Sebanyak 605,259 dos vaksin Sinovac dan AstraZeneca telah diberikan di negara itu dengan sebahagian besar kepada petugas barisan hadapan dan kumpulan berisiko tinggi, sejak program vaksinasi bermula pada 28 Feb.
Sementara itu, pemangku Pengarah Jabatan Kawalan Penyakit (DDC) untuk bahaya kesihatan kecemasan dan kawalan penyakit Dr Chawetsan Namwat berkata Thailand akan memulakan vaksinasi besar-besarannya pada Jun.
Beliau berkata vaksin AstraZeneca yang dihasilkan dalam negara dijangka tersedia pada Jun dengan enam juta dos ditetapkan untuk dilancarkan pada Jun diikuti dengan 10 juta dos lagi pada Julai.
Sementara itu, pengeluar biofarmaseutikal Thailand, Siam Bioscience Co Ltd semalam mengatakan bahawa kemajuan pemindahan teknologi dan pengeluaran vaksin AstraZeneca mengikut jadual.
Dalam satu kenyataan, firma itu mengatakan sampel daripada kumpulan ujian telah dihantar untuk ujian kualiti di makmal AstraZeneca yang ditetapkan di Eropah dan Amerika Syarikat.
"Hasil awal pengujian kualiti memenuhi standard global yang ditetapkan oleh AstraZeneca.
"AstraZeneca akan menyerahkan vaksin itu kepada kerajaan Thailand seperti yang dijadualkan pada Jun ini mengikut perjanjian pembelian dua hala antara AstraZeneca dan kerajaan Thailand, tanpa sebarang penglibatan Siam Bioscience dalam proses pemerolehan vaksin kerajaan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 17 2021
Seorang petugas kesihatan Thailand melakukan ujian swab ke atas seorang individu susulan peningkatan kes COVID-19 di Bangkok. - Foto REUTERS/Athit Perawongmetha
Bekas pemain import Liga Super antara ditahan dalam Op Kutip
Bekas pemain import Liga Super antara yang ditahan dalam serbuan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di Jalan Puchong Mesra awal pagi Sabtu.
Pesawat ringan terhempas di Besout, Tanjung Malim
Difahamkan kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 9.55 pagi melibatkan pesawat yang belum dikenal pasti.
Individu main isu 3R wajar dikenakan tindakan tegas - Ahli akademik
Individu yang menyentuh isu 3R wajar dikenakan tindakan tegas kerana perbuatan tersebut amat serius dan boleh menggugat perpaduan rakyat.
Ada pemimpin kritik kenaikan gaji penjawat awam - PM Anwar
Susulan pengumuman skim gaji penjawat awam naik lebih 13 peratus bermula 1 Disember ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui ada pemimpin yang tidak berpuas hati engan keputusan itu.
Pusat karaoke guna pintu kebal tawar GRO diserbu
Seramai 90 PATI ditahan membabitkan 37 lelaki dan 51 wanita serta dua kanak-kanak perempuan atas pelbagai kesalahan.
UMNO tak pernah 'dicucuk hidung' sejak kerjasama dengan PH - Puad
Dakwaan Wan Ahmad Fayhsal bahawa UMNO kini menukar prinsip perjuangan sejak bersama PH disifatkan sebagai naif.
Tyra Kamaruzzaman kini isteri pereka fesyen, terima mas kahwin RM1,111
Menerusi perkongsian siaran langsung di Instagram, pasangan itu dinikahkan oleh bapa Tyra, Kamaruzzaman.
[TERKINI] Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2024
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke Majlis Perhimpunan Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2024 di Ipoh.
Majlis perhimpunan sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2024
4 Mei ialah tarikh keramat bagi semua anggota bomba di seluruh dunia dan pastinya, anggota bomba di Malaysia juga meraikan hari tersebut yang disambut pada setiap tahun di seluruh dunia.
Dengan Ipoh sebagai lokasi pilihan pada tahun ini, sambutan Hari Bomba Sedunia 2024 terus mengangkat 'Bomba Tonggak Penyelamat Negara' sebagai tema.
Dan untuk kita mendapatkan perkembangannya, langsung sahaja bersama wartawan Astro AWANI, Farhan Hakimi di Tambun.
Dengan Ipoh sebagai lokasi pilihan pada tahun ini, sambutan Hari Bomba Sedunia 2024 terus mengangkat 'Bomba Tonggak Penyelamat Negara' sebagai tema.
Dan untuk kita mendapatkan perkembangannya, langsung sahaja bersama wartawan Astro AWANI, Farhan Hakimi di Tambun.
Cuaca panas: Orang ramai tidak perlu risau, KKM sentiasa pantau keadaan
Orang ramai diminta tidak khuatir dengan cuaca panas yang melanda beberapa negeri ketika ini kerana situasi itu sentiasa dipantau rapat Kementerian Kesihatan (KKM).
Program Jana Wibawa dilaksana selepas dapat persetujuan Jemaah Menteri - Saksi
Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa cadangan mengenai Jana Wibawa telah dibawa ke mesyuarat untuk pertimbangan sebelum Jemaah Menteri memutuskan supaya program itu diteruskan pada 2020.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.