awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
'Saya pasti Azizulhasi Awang wakili Malaysia ke Piala Dunia' - Beasley
SPRM bangun sistem pencegahan kebocoran maklumat perolehan kerajaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki Rohingya dihukum penjara 16 tahun sebabkan kematian rakan senegara

Bernama
Bernama
05/01/2026
12:30 MYT
Lelaki Rohingya dihukum penjara 16 tahun sebabkan kematian rakan senegara
Mahkamah berkenaan memerintahkan Mohammad Alam menjalani hukuman dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 30 Ogos 2020. - Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini menjatuhkan hukuman penjara 16 tahun ke atas seorang lelaki Rohingya yang didapati bersalah menyebabkan kematian rakan senegaranya.

Ringkasan AI
  • Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara 16 tahun ke atas lelaki Rohingya yang disabitkan menyebabkan kematian rakan senegaranya, mengetepikan hukuman penjara 30 tahun yang sebelum ini dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi.
  • Hakim-hakim memutuskan pihak pendakwaan hanya berjaya membuktikan kesalahan di bawah Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan terhadap tertuduh berusia 31 tahun itu.
  • Kes ini melibatkan pergaduhan yang membawa kepada kematian mangsa, dengan peguam membela bahawa tertuduh hanya bertindak mempertahankan diri dan tidak berniat untuk membunuh.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Azman Abdullah membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan Mohammad Alam Mohammad Zakaria untuk mengetepikan perintah Mahkamah Tinggi pada 21 Mei 2024 yang menjatuhkan hukuman penjara 30 tahun dengan 12 sebatan.
Azman, yang bersidang bersama-sama Datuk Hayatul Akmal Abdul Aziz dan Datuk Mohd Radzi Abdul Hamid, memutuskan bahawa pihak pendakwaan hanya berjaya membuktikan kesalahan di bawah Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan.
Mahkamah berkenaan memerintahkan Mohammad Alam menjalani hukuman dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 30 Ogos 2020.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di belakang bangunan Stellar Walk di sepanjang Persiaran Senibung, Permas Jaya, Johor Bahru antara 9.30 malam hingga tengah malam pada 18 Ogos 2020.
Berdasarkan fakta kes, Mohammad Alam, 31, yang berasal dari Myanmar, telah mengajak seorang rakan untuk makan di sebuah "rumah kongsi".
Bagaimanapun, mangsa iaitu Abu Taher, 35, menghalangnya daripada memasuki rumah itu dan telah menegur tertuduh kerana membawa orang luar.
Seorang saksi pendakwaan yang tinggal di rumah itu telah memberi keterangan bahawa tertuduh dan mangsa telah bertengkar di luar premis berkenaan kira-kira 15 hingga 20 minit sebelum Abu Taher rebah dalam keadaan berlumuran darah.
Pada prosiding hari ini, peguam Sukhaimi Mashud berhujah bahawa insiden itu membabitkan pergaduhan yang berlaku secara tiba-tiba dan tertuduh tidak mempunyai niat untuk membunuh mangsa selain hanya bertindak bagi mempertahankan dirinya ketika bergelut dengan Abu Taher.
Beliau berkata pisau yang merupakan senjata dalam insiden itu juga dipegang oleh mangsa.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Arif Aizuddin Masrom berhujah bahawa sabitan Mahkamah Tinggi bagi kesalahan membunuh adalah tepat berdasarkan dapatan dan pertimbangan yang relevan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mahkamah Rayuan
#Rohingya
#hukuman penjara
#tinggal di rumah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan